Wednesday, November 26, 2008

LIberalisme dan penjelasannya secar menyeluruh

Ideologi secara umumnya, boleh dianggap sebagai satu sistem idea dan kajian tentang ideologi biasanya dianggap sebagai sains kepada idea-idea. Makna lain mengenai ideologi termasuk satu susunan atau organisasi pendapat, sikap, nilai dan melaluinya, satu cara untuk berfikir dan bertindak dan pandangan terhadap manusia dan masyarakat dapat dilakukan dengan lebih jelas.

Di dalam politik, ideologi selalunya mempunyai implikasi kepada persoalan-persoalan asas seperti siapa yang harus memerintah, bagaimana pemimpin dilantik, apakah prinsip-prinsip yang menerajui pemerintahan dan pentadbiran, apakah institusi-institusi yang perlu diubah atau yang perlu dikekalkan atau apa yang perlu dibentuk dan bagaimana ini semua boleh dilakukan.

Ideologi berhubung langsung dengan kuasa politik dan menuntut tindakan serta bukan hanya setakat menganalisa dan mengolah yang membezakannya dengan falsafah. Berikutan itu ideologi pernah ditafsirkan sebagai sistem idea yang berorientasikan tindakan.

Ia biasanya dikaitkan dengan suatu golongan tertentu dalam masyarakat seperti borjuis, kelas pertengahan, kaum bangsawan, elitis, proletariat, gereja, alim ulama agama, pemilik tanah dan modal serta lain-lain kelas masyarakat. Golongan-golongan ini akan sentiasa mempertahankan ideologinya sebagai sesuatu yang memberi kepentingan kepada keseluruhan masyarakat.

Liberalisme adalah satu ideologi politik yang mana tema utamanya adalah komitmen kepada individu dan pembentukan masyarakat yang di dalamnya, individu boleh memuaskan kehendak dan kepentingannya serta mencapai matlamat mereka. Nilai-nilai utama Liberalisme adalah Individualisme, Rasionalisme, kebebasan, keadilan dan toleransi.

Pihak liberal percaya setiap manusia sepatutnya menikmati kebebasan seberapa maksimum yang boleh dan selari dengan kebebasan untuk semua. Bagaimanapun, setiap manusia yang dilahirkan mempunyai kesamarataan dari segi nilai persamaan moral dan menikmati peluang sama rata dan kesamarataan bergantung kepada pelbagai tahap yang berbeza antara satu sama lain dari sudut bakat dan kesediaan untuk bekerja. Dengan itu, Liberalisme mempercayai prinsip meritokrasi.

Masyarakat liberal mempunyai ciri-ciri seperti kepelbagaian dan pluralisme serta diuruskan secara politik oleh nilai berkembar iaitu persetujuan atau consent dan perlembagaan. Kedua-duanya digabungkan dan membentuk struktur apa yang dilabel demokrasi liberal.Islam merupakan satu agama yang Haq, diwahyukan oleh ALLAH S.W.T kepada nabi Muhammad S.A.W. Merupakan agama yang utuh, mempunyai akar, dimensi, sumber dan asas-asas ajarannya sendiri. Manakala liberal bermaksud bebas, tidak terikat dengan apa-apa. Liberalisme pula adalah suatu fahaman/ falsafah yang tercetus dan berkembang di Barat, memiliki tanggapan, teori dan pandangan hidup yang berasaskan kebebasan.

Isu Liberalisasi banyak dikaitkan dengan ekonomi, padahal Liberalisasi mempengaruhi banyak aspek lain seperti aspek politik, sosial, dan undang-undang. Liberalisasi semakin menular dalam masyarakat kini, cuma lebih dikenali dengan istilah keterbukaan.Barat juga sengaja melontarkan bermacam-macam istilah dan pemikiran dengan trend politik mahupun ideologi. Semua itu dimaksudkan untuk meragukan keyakinan umat Islam terhadap pemikiran Islam serta melakukan permainan istilah yang berbahaya, semata-mata kerana ketakutan melihat revivalisme (kebangkitan) umat melalui ideologi Islam. Mereka memunculkan pemikiran nasionalisme, demokrasi, pluralisme politik, hak asasi manusia, kebebasan, globalisasi, dan sebagainya, termasuk dalam hal ini adalah apa yang dikenal dengan istilah yang sangat asing (absurd): “Islam Liberal”.

Di akhir zaman ini terdapat banyak gerakan Islam Liberal (juga disebut sebagai 'penafsiran-semula Islam', 'Islam Progresif'). Ajaran ini didasarkan oleh beberapa Muslim yang cuba menafsirkan semula Al-Qur'an dan As-Sunnah dari sudut pandangan peribadi mereka tanpa merujukkan kepada sumber traditional sepertimana yang telah diperakui oleh jumhur 'ulama Ahli Sunnah wal Jamaah.

Hal ini akan merosakkan lagi makna Islam itu sendiri, iman, mukmin dan kafir. Selain itu menyahsahkan kitab mushaf uthmani dan dalam masa yang sama manyamatarafkan antara Al-Quran dan kitab-kitab agama lain. Keruntuhan Islam juga boleh berlaku akibat pemikiran Liberalisasi ini. Selain itu, boleh berlaku ketidak percayaan kepada Nabi Muhammad SAW, sahabat, dan ulama. Jika tidak wujud kepercayaan kepada rukun iman, maka kerosakan akhlak akan berlaku.

DEFINISI LIBERALISME

Liberalisme adalah satu fahaman, falsafah dan tradisi politik yang meletakkan kebebasan yang meletakkan kebebasan satu nilai politik yang tertinggi. Ensiklopedi Britannica 2001 Deluxe edition CD-ROM, menjelaskan bahwa kata liberal diambil dari bahasa Latin liber, free. Liberalisme secara etimologis bermaksud falsafah politik yang menekankan nilai kebebasan individu dan peranan negara dalam melindungi hak-hak warganya. Makna yang sama juga terdapat dalam Wikipedia (the free encyclopedia). Sejarah Liberalisme termasuk juga Liberalisasi agama adalah tonggak baru bagi sejarah kehidupan masyarakat Barat dan kerana itu, ia dikaitkan dengan period pencerahan (Western Enlightenment).

Secara sepintas lalu ungkapan ‘liberal’ mengikut Kamus Dwibahasa Oxford Fajar bermaksud ‘orang yang berfahaman bebas’. Istilah ‘liberal’ mengacu kepada keadaan atau sikap manusia atau gerakan tertentu yang menghargai gagasan atau perasaan orang lain, yang mendukung perubahan sosial, politik dan keagamaan (Profesor Azyumardi 2004). Secara literal, ‘liberal’ bererti mempunyai pandangan luas. Secara khusus merujuk kepada fahaman yang mementingkan kebebasan individu untuk bertindak dan melahirkan pendapat mengikut cara dan pilihannya sendiri. Hasan Ahmad dalam Dewan Masyarakat edisi Julai 2006 mendefinisikan Liberalisme sebagai kebebasan manusia daripada kuasa alam dan kuasa manusia.

Penggunaan frasa Liberalisme secara amnya dilihat dari konteks demokrasi liberal. Di dalam erti kata ini, ia merujuk kepada kuasa kerajaan yang terhad dan hak-hak rakyat yang jelas. Liberalisme diguna pakai oleh hampir kesemua demokrasi Barat. Oleh itu Liberalisme tidak semestinya berkaitan dengan parti politik liberal secara eksklusif.

Liberalisme selalu menentang sistem kenegaraan yang didasarkan pada hukum agama. Oxford English Dictionary menerangkan bahawa perkataan liberal telah lama ada dalam bahasa Inggris dengan makna "sesuai untuk orang bebas, besar, murah hati (befitting free men, noble, generous)" dalam seni liberal. Pada awalnya, Liberalisme bermaksud "bebas dari batasan bersuara atau prilaku", seperti bebas menggunakan dan memiliki harta, atau lidah yang bebas (liberal with the purse, or liberal tongue), dan selalu berkaitan dengan sikap yang tidak tahu malu.

Bagaimanapun, bermula sejak 1776-1788, oleh Edward Gibbon, perkataan liberal mulai diberi maksud yang baik, iaitu "bebas dari prejudis dan bersifat toleransi". Maka pengertian liberal pun akhirnya mengalami perubahan maksud dan berkembang menjadi kebebasan secara intelektual, berpikiran luas, murah hati, terus terang, sikap terbuka dan ramah (intellectually independent, broad-minded, magnanimous, frank, open, and genial).

PERBINCANGAN MENGENAI LIBERALISME

Bluhm (1974) membicarakan mengenai Liberalisme sebagai idea-idea mengenai kebebasan beragama, kebebasan bersuara, pemilikan harta peribadi dan limitasi perlembagaan terhadap pelaksanaan kuasa. Tidak kurang juga ahli sarjana seperti Harry K. Girvetz menggambarkan Liberalisme sebagai senjata yang digunakan oleh kebangkitan kelas kapitalis yang mana pada abad ke-17 hingga ke-19 mengubah masyarakat pertanian dan kebudayaan kraftangan kepada masyarakat bandar serta penggunaan jentera-jentera.

Ia juga menekankan kepada sikap individualistik, perindustrian dan kepercayaan sekular serta nilai-nilai ekonomi di dalam pemikiran liberal. Pemikiran yang berlainan mengenai Liberalisme ditemui di dalam penulisan J. Salwyn Schapiro yang mengatakan Liberalisme digunakan pada abad ke-19 dan mempunyai pemikiran yang berlandaskan kepada falsafah Socrates iaitu:
“a belief in the power of reason to regulate the conduct of life…critical view of dogmatic beliefs,..an experimental attitude towards problems in government and society.”
Schapiro yang mengemukakan konsep autonomi individu sepatutnya bebas bekerja dari satu pekerjaan ke satu kerja yang lain, bebas berpegang pada satu pendapat kepada pendapat yang lain, bebas memilih kepercayaan beragama dalam usaha mencari perkembangan sepenuhnya bakat dan cita-citanya.

Bagi menggambarkan kedinamikan Liberalisme, ia juga dinamakan prinsip yang sentiasa berkembang yang berpaksikan kepada hak perundangan sejati kepada kebebasan politik dan ekonomi. Bagi golongan borjuis liberal pula, yang bermatlamat untuk mengembangkan kepentingan kelas pertengahan telah mencipta jentera politik dan falsafah sosial dalam usaha itu yang akhirnya mengutamakan kelas yang diwakili mereka.

Liberalisme tidak diragui adalah satu ideologi politik yang begitu berpengaruh dan menjadi kuasa pembentukan tradisi politik Barat. Dengan itu, terdapat pengkaji yang mengatakan bahawa Liberalisme adalah ideologi kepada negara perindustrian Barat dan diidentitikan sebagai tamadun Barat secara umumnya.

Liberalisme adalah produk kepada keruntuhan sistem feudal yang digantikan dengan kuasa pasaran atau masyarakat kapitalis. Sebagai doktrin politik, Liberalisme telah menentang absolutisme dan keistimewaan feudal yang kemudiaanya mengemukakan perlembagaan dan perwakilan kerajaan.

Pada awalnya, Liberalisme mencerminkan aspirasi golongan kelas menengah berorientasikan perindustrian dan dengan ini membuktikan hubungan rapat antara Liberalisme dan kapitalisme. Pada abad ke-19, di dalam bentuk ekonomi liberal, ia mengemukakan pasaran bebas laissez-faire dan mengutuk semua campur tangan kerajaan. Pada akhir abad tersebut juga, lahirlah Liberalisme sosial atau demokrasi sosial yang mengutamakan pemulihan kebajikan dan campurtangan kerajaan.

Menurut Heywood (2000), terdapat perbezaan signifikan yang wujud antara Liberalisme Klasik dan Liberalisme Moden. Liberalisme Klasik mempercayai campur tangan kerajaan yang sedikit dan negara hanya berfungsi mengekalkan keamanan dan keselamatan kerana individu bertanggung jawab terhadap diri mereka sendiri. Sebagai satu doktrin ekonomi, ia memperjuangkan pasaran yang mengurus tadbir sendiri yang mana campur tangan kerajaan dianggap tidak perlu dan merosakkan.

Liberalisme Moden yang merupakan hasil transformasi Liberalisme Klasik pula menunjukkan sikap lebih bersimpati terhadap negara dan sering kali digambarkan sebagai demokrasi sosial atau Liberalisme sosial kerana ia lahir daripada kepercayaan bahawa kapitalisme menyebabkan berlakunya ketidakadilan. Ia menganggap campur tangan kerajaan adalah penting dan mengembangkan lagi kebebasan dengan memelihara setiap individu dari segi keselamatan dan kebajikan.

Regulasi pihak kerajaan adalah untuk memastikan kuasa ekonomi yang besar di tangan pihak swasta digunakan bagi kebajikan umum. Walaupun berlaku penilaian semula terhadap doktrin Liberalisme ini, ia masih mempunyai persamaan iaitu mengangkat hak individu sebagai idea utama kepada ideologi ini.

Menurut Macridis (1988) pula, dalam fasa terawal Liberalisme, Individualisme dirangka dari segi hak-hak semulajadi, kebebasan dan kesamarataan. Fasa kedua pula berdasarkan kepada teori psikologi yang mana merealisasi kepentingan adalah kuasa utama yang menggerakkan individu dan dalam fasa ketiga ia menjadi Liberalisme ekonomi yang umumnya dirujuk sebagai kapitalisme.

Kepentingan mempunyai hubung kait yang rapat dengan meningkatkan kepuasan. Liberalisme ditunjangi oleh saranan bahawa lelaki dan wanita berusaha memaksimakan kenikmatan dan meminimakan kesakitan. Tetapi ia bukan bergantung kepada kolektif, parti politik dan tokoh falsafah untuk menentukannya tetapi terpulang kepada individu itu sendiri.

Macridis menyatakan bahawa Liberalisme mempunyai tiga teras iaitu moral, politik dan ekonomi. Teras moral mengandungi pengesahan terhadap nilai-nilai dan hak-hak asas berikutan sifat semulajadi manusia seperti kebebasan, maruah dan nyawa. Teras politik pula termasuklah hak-hak politik seperti mengundi, mengambil bahagian dalam proses pembuatan keputusan kerajaan sebagaimana yang perlu dipilih dan sebagainya. Kesemua ini dikaitkan dengan perwakilan demokrasi.

Teras ekonomi pula membabitkan hak memiliki harta dan semua hal berkaitan ekonomi. Ia juga dirujuk sebagai sistem dagangan bebas, kapitalisme dan mengemukakan hak kepada individu untuk mengeluar dan membeli serta urusan jual beli bagi memenuhi kehendak mereka. Ia menolak pengawalan kerajaan dan membiarkan pasaran bebas membuat keputusan.

Bagi mendalami teras moral ia terbahagi kepada tiga iaitu kebebasan individu yang mengandungi kesemua perlindungan terhadap hak-hak yang terjamin daripada kerajaannya. Adalah satu keperluan lelaki dan wanita tinggal di bawah satu undang-undang yang diketahui dari segi prosedur. Undang-undang tersebut melindungi kesemua individu dan membataskan pemerintah.

Kebebasan kedua adalah sivil yang mana merujuk kepada saluran-saluran yang positif dan bebas bagi aktiviti manusia dan pembabitannya. Dari segi ideologi dan amalan, ia dinilai sama rata. Individu bebas berfikir dan belajar dalam cara sendiri tanpa ada pihak yang menentukan proses tersebut. Kebebasan ketiga adalah bebas dari segi sosial yang mana kebebasan individu dan sivil tidak mempunyai nilai jika individu tidak diberi pengiktirafan sepatutnya yang membolehkan mereka bekerja seiring dengan bakat serta keupayaan.

Kebebasan sosial merujuk kepada apa yang dipanggil pada masa ini sebagai peluang untuk kemajuan atau mobiliti sosial. Kesemua individu mempunyai hak untuk menikmati peluang-peluang tersebut tanpa halangan dari segi bangsa, keturunan dan kedudukan ibu bapa mereka. Apabila peluang-peluang sama rata diberikan maka ia akan menghapuskan bentuk-bentuk diskriminasi.

Bagi membincangkan teras ekonomi pula, Liberalisme adalah ideologi kelas pertengahan yang muncul untuk menggantikan aristokrat lama. Tujuan utama adalah memperjuangkan aktiviti ekonomi individu, mengukuh dan meluaskan kawasan perdagangan yang membabitkan negara bangsa atau dunia amnya. Ia juga bertujuan menghapuskan halangan kepada pengangkutan serta perdagangan barangan.

Menjadi matlamat utama ideologi ini bagi menguruskan semula ekonomi, memperkenalkan kaedah dagangan atau pasaran baru dan menanam modal bagi kilang-kilang dan jentera-jentera. Kebebasan ekonomi mengutamakan hak untuk pemilikan harta, hak untuk mewarisi, hak untuk mengumpul modal dan kekayaan, kebebasan untuk mengeluar, menjual dan membeli menjadi bahagian penting dalam order baru sosial.

Penekanan diberikan kepada ciri-ciri sukarela di dalam hubungan antara faktor-faktor ekonomi sama ada majikan, pekerja, peminjam modal, pengeluar dan pengguna. Kebebasan mengadakan kontrak lebih bernilai daripada kebebasan bersuara mengikut teras ekonomi ini. Corak kehidupan sosial yang berdasarkan kepada kategori sosial mana orang ramai dilahirkan mula dipecahkan dan individu menjadi lebih bebas untuk membina kehidupan sendiri melalui tindakan-tindakan sukarela dan hubungan berkontrak antara satu sama lain.Titik pertemuan bagi mereka ini adalah di dalam pasaran yang mana individu yang didorong oleh kepentingan diri melakukan aktiviti jual beli, mengupah buruh, membuat pinjaman kewangan, melabur di dalam pasaran saham dan sebagainya. Aktiviti-aktiviti ini kemudian menentukan harganya di dalam pasaran yang mencerminkan teori permintaan dan penawaran.

Terdapat empat prinsip asas yang membentuk teras politik Liberalisme iaitu persetujuan individu, perwakilan dan kerajaan yang diwakili, perlembagaan dan kedaulatan popular. Teori-teori bersifat kontrak telah menjadi asas kepada kuasa politik. Lelaki dan wanita dengan mudah bersetuju untuk mengikat diri mereka di dalam sistem politik dan menerima keputusan-keputusannya. Pemikir seperti John Locke (1623-1704) menegaskan bahawa sukar untuk memelihara hak-hak semulajadi seperti nyawa, kebebasan dan harta tanpa kuasa bersama yang komited kepada melindungi mereka.

Dengan itu, mereka bersetuju menubuhkan masyarakat politik yang mengandungi perundangan bersama, kehakiman dan kuasa eksekutif. Terbentuknya negara dan tujuan utama adalah mengekalkan hak-hak semulajadi tersebut iaitu nyawa, kebebasan dan pemilikan harta. Manakala bagi perwakilan pula adalah bertujuan menjawab siapakah yang membuat keputusan di dalam sistem Liberalisme.
Mengikut Locke juga, legislatur dilantik oleh orang ramai dan ia perlu menerima batasan-batasan tertentu. Ia tidak boleh menekan individu dari segi hak-hak semulajadi, menghapus kebebasan dan tidak boleh merampas nyawa atau harta mereka. Kerajaan yang dilantik mengandungi idea bahawa pihak berkuasa politik datangnya daripada rakyat.

Manakala bagi perlembagaan pula, ideanya adalah untuk membataskan kuasa politik dan ini jelas dalam Perlembagaan Amerika Syarikat misalnya. Kebimbangan terhadap kuasa mutlak yang kabur menyebabkan penolakan terhadap tumpuan kuasa di dalam tangan satu badan sama ada berbentuk legislatur atau pilihan majoriti rakyat. Penekanan mereka lebih kepada bagaimana untuk mengekang kuasa politik walaupun ia berlandaskan kepada hasrat orang ramai dan juga bagaimana menjadikan ia berkesan.

Jawapan kepada itu terkandung di dalam perlembagaan yang mana menghadkan kuasa dengan menetapkan batasan-batasan tertentu terhadap kerajaan nasional serta pengasingan kuasa yang membolehkan satu kuasa memeriksa kuasa yang lain. Dengan itu, perlembagaan menyediakan satu jaminan kukuh untuk individu dengan membataskan kuasa kerajaan. Ia juga menyediakan prosedur-prosedur kepada pelaksanaan fungsi kerajaan. Kedaulatan popular berteraskan kepada persetujuan dan perwakilan yang membawa keberkesanan dalam pengurusan.

CIRI-CIRI LIBERALISME

Prinsip dasar Liberalisme adalah suatu kepastian dan kebebasan yang tidak terbatas dalam pemikiran, agama, suara hati, keyakinan, ucapan dan politik (an absolute and unrestrained freedom of thought, religion, conscience, creed, speech, press, and politics). Di samping itu, Liberalisme juga membawa impak yang besar bagi sistem masyarakat Barat, di antaranya adalah mengesampingkan hak Tuhan dan setiap kekuasaan yang berasal dari Tuhan, pemindahan agama dari ruang awam menjadi sekadar urusan individu, pengabaian seluruh terhadap agama Kristian dan gereja atas statusnya sebagai lembaga awam, lembaga undang-undang dan lembaga sosial.

Secara amnya, Liberalisme mengutamakan hak-hak peribadi. Falsafah ini ingin membentuk satu masyarakat yang mempertahankan pemikiran yang bebas untuk setiap orang, batasan kepada kuasa khususnya kuasa kerajaaan dan agama, kedaulatan undang-undang, pendididkan awam yang percuma, kebebasan bertukar fikiran, ekonomi pasaran yang memberikan kebabasan menjalankan perusahaan peribadi dan sistem kerajaan yang terbuka yang melindungi hak-hak semua rakyat secara adil dan saksama. Di dalam masyarakat moden, mereka yang liberal mengemari sistem pengundian yang adil dan terbuka di dalam sistem demokrasi liberal di mana semua rakyat mempunyai hak-hak yang sama rata di bawah undang-undang dan peluang yang saksama untuk berjaya.


Ramai liberal moden memperjuangkan penglibatan kerajaan yang lebih besar di dalam pasaran bebas. Penglibatan ini selalunya termasuk undang-undang anti-diskriminasi, peperiksaan perkhidmatan awam, pendididkan awam, dan percukaian progresif. Falsafah ini adalah satu unjuran dari fahaman yang mengatakan bahawa kerajaan perlu menjaga kebajikan rakyat di semua sudut. Perkhidmatan-perkhidmatan kebajikan ini termasuk pampasan pengangguran, tempat tinggal untuk mereka yang merempat dan kemudahan perubatan bagi mereka yang sakit dan lain-lain lagi.

Liberalisme menolak kebanyakan tanggapan asas yang dapat dibaca di dalam hampir semua teori pembentukan kerajaan awal seperti hak-hak raja yang diberikan oleh tuhan, status yang berasaskan keturunan dan institusi-institusi agama. Hak-hak asasi manusia yang disokong oleh semua liberal termasuk hak untuk hidup, kebebasan dan berhartaan.

Seseorang itu secara tidak langsung telah dipengaruhi oleh fahaman Liberalisme agama, iaitu yang anti kepada autoriti dan berpegang kepada konsep dekonstruksi tradisi. Fahaman dekonstrusi ini berakar hebat di Barat apabila semua autoriti agama boleh dipertikaikan dan dipermain-mainkan. ( http://www.malaysia-today.net/Blog-s/2006/06 )

Halnya Libertin mulai muncul di abad-17, mengisyaratkan sikap yang skepik dan pemikir bebas atau free-thinkers (Encyclopaedia Britannica, 2006). Dari beberpa perilaku Libertin kita dapat melihat ciri-ciri Libertinisme atau fahaman yang dianut oleh orang Libertin.Seorang tokohnya, Theophile de Viau diusir dua kali dari kota Paris kerana pandangannya yang atheistik dan hidup berfoya-foya, dalam sajak yang ditulisnya di The Satirical Parnassus ia tidak menghiraukan nilai moral dan seksual, dan dalam banyak sajaknya sama dengan sesama libertin Marc Antoine de Gerard Saint Amant, mereka menentang ajaran agama dan konvensi moral masyarakat.Libertin menyiapkan jalan bagi abad berikutnya yang menularkan roh kritik yang dilandaskan pada logik (Encyclopedia Encarta, 2006) dan meletakkan dasar perkiraan kesedaran moden, iaitu pertama, keyakinan akan fikiran manusia, kedua, mengutamakan manusia sebagai pribadi. Ketiga imaginasi Tuhan dan keempat keyakinan bahawa sifat fitrah manusia bisa dan selalu diperbaiki.

Kepentingnya pengalaman individu sebagai sumber khusus mengenai erti yang tidak terbatas, ini memberi nilai lebih pada keperibadian dan kreativiti individu melebihi semua nilai lain. Tuhan yang dipercayainya sebagai pengalaman universal dari kemanusiaan. Ini menekankan pengalaman beragama daripada dogma agama berusaha untuk mendamaikan agama dengan ilmu pengetahuan dan masyarakat moden.

Pada tahun 1960-an disebalik gerakan Liberalisme Radikal yang bukan saja menafikan Allah tetapi menganggap Allah telah mati dan sudah dikubur, dunia mengalami kekosongan batin atau rohani yang luar biasa yang dikenal dengan Era Posmo (Postmodenism) dimana ketika Modenisme tidak lagi memadai terjadi pencarian manusia kembali akan nilai-nilai transendental yang mereka cari dalam agama-agama mistik Timur (New Age).

UNSUR-UNSUR DAN SEJARAH LIBERALISME
Etimologi dan asal penggunaan

Marcus Aurelius (121-180 M)
Perkataan liberal berasal daripada perkataan Latin liber yang bermaksud bebas atau bukan hamba. Perkataan liberal banyak dikaitkan dengan perkataan Inggeris liberty dan konsep kebebasan. Dalam History of Rome from Its Foundation oleh Livy, penulis mengambarkan pergolakan di dalam kelas Plebeian dan patrician. Marcus Aurelius di dalam penulisannya yang bertajuk Medition menulis mengatakan “pendapat polisi pemerintah yang berdasarkan kebebasan kepada hampir kesemua yang diperintah dan pendapat tentang kerajaan beraja berdasarkan kebebasan kepada hampir kesemua yang diperintah..”

Selepas kejatuhan Empayar Roman, pendapat Liberalisme tidak cergas di sepanjang Zaman Kelam di Eropah. Perjuagan untuk kebebasan mula dihidupkan kembali semasa zaman Renaissance di Itali. Ia tercetus apabila pertelingkahan berlaku di antara penyokong-penyokong bandar negeri yang bebas dan penyokong-penyokong Paus. Niccolo Machiavell kemudiannya di dalam Discourses on Livy mula melakarkan prinsip-prinsip kerajaan Republik di awal abad ke-16. Pada akhir abad ke-17, John Locke mengarang England and the thinkers of French Enlightenment untuk mengkaji perjuangan kebebasan dari sudut Rights of Man yang ditulis oleh Thomas Paine pada tahun 1791.

Oxford English Dictionary menerangkan yang perkataan liberal telah lama berada di dalam bahasa Inggeris dengan makna ”sesuai untuk orang besar, besar, murah hati” di dalam seni liberal. Ia juga bermaksud “bebas dari sekatan bersuara atau perlakuan”, seperti bebas dengan harta, atau lidah bebas, selalunya dengan sikap tidak malu. Walaubagaimanapun, bermula sejak 1776-1788, perkataan liberal mula diberi maksud yang baik yang bermaksud ”bebas dari prejudis, toleransi” oleh Edward Gibbon dan lain-lain. Maksud ”mengemari kebebasan dan demokrasi ” mula digunapakai di dalam bahasa Inggeris sejak tahun 1801 dan berasal dari perkataan Perancis liberal, mengikut Oxford English Dictionary. Perkataan perancis itu pada mulanya digunakan di dalam bahasa Inggeris oleh musuh Inggeris (selalunya di dalam bahasa Inggeris) dengan gambaran ketiadaan undang-undang di luar negara. Dari rekod bahasa Inggeris awal : ”kepupusan kebebasan dan setiap idea liberal yang berkaitan”.

Perang kemerdekaan Amerika Syarikat menubuhkan negara yang pertama untuk merangka satu perlembagaan berdasarkan konsep kerajaan liberal, di mana kerajaan mentadbir dengan kerelaan yang ditadbir. Elemen bourgeois yang sederhana di dalam Revolusi perancis cuba menubuhkan sebuah kerajaan yang berdasarkan prinsip-prinsip liberal.

Ahli-ahli ekonomi seperti Adam Smith di dalam The Wealth of Nation (1776) pula mengambarkan prinsip-prinsip liberal di dalam perdagangan bebas. Pengarang-pengarang Perlembagaan Sepanyol 1812 yang dirangkadi Cadiz mungkin adalah yang pertama menggunakan perkataan liberal di dalam maksud politik sebagai kata nama. Pengarang-pengarang ini menamakan diri mereka sebagai Liberales, untuk menunjukkan penentangan mereka kepada pemerintahan mutlak monarki Sepanyol. Bermula di akhir
Kurun ke-18, Liberalisme menjadi antara satu ideologi yang terpenting hampir di semua negara maju.Walaupun liberalisme berakar umbi dari Zaman Kebangkitan Barat, ia mengandungi pemikiran politik yang luas dan kaya dari segi sumber. Seseorang yang menerima fahaman liberalisme dipanggil seorang liberal. Walau bagaimanapun, maksud perkataan liberal mungkin berubah mengikut konteks sesebuah negara.

Perjuangan untuk kebebasan mulai dihidupkan kembali semasa zaman Renaissance di Italia. Fahaman ini muncul ketika terjadi konflik antara pendukung-pendukung negara kota yang bebas (free city states) melawan pendukung Paus.Liberalisme lahir dari sistem kekuasaan sosial dan politik sebelum masa Revolusi Perancis, sistem merkantilisme, feudalisme dan Gereja Roman Katolik. Liberalisme pada umumnya meminimakan campur tangan negara dalam kehidupan sosial. Sebagai satu ideologi, liberalisme boleh dikatakan berasal dari falsafah Humanisme yang mempersoalkan kekuasaan gereja semasa zaman Renaissance dan juga dari golongan Whings semasa Revolusi Inggeris yang menginginkan hak untuk memilih raja dan membatasi kekuasaan raja, menentang sistem merkantilisme dan bentuk-bentuk agama kuno dan berpaderi.
Liberalisme anti-statis, seperti yang diperjuangkan oleh Frederic Bastiat, Gustaveib de Molinari, Herbert Spencer, dan Auberon Herbert, adalah aliran ekstrim yang dikenal dengan Anarkisme (tidak ada pemerintahan) ataupun Minarkisme (pemerintahan yang kecil yang hanya berfungsi sebagai "the nightwatchman state").

Aliran-aliran Liberalisme

Terdapat perbezaan pendapat yang mendalam di dalam rangka Liberalisme. Perbezaan pendapat ini selalunya membawa kepada perdebatan yang hebat di antara ahli-ahli liberal. Daripada perpecahan ini dari sudut Liberalisme Klasik, wujud beberapa pergerakan di dalam Liberalisme. Seperti di dalam banyak perdebatan, kumpulan-kumpulan yang bertentangan menggunakan perkataan-perkataan yang berbeza untuk menyatakan kepercayaan yang sama dan kadang-kala, mereka menggunakan perkataan-perkataan yang sama untuk menerangkan perkara-perkara yang berbeza.
Liberalisme politik bermaksud demokrasi liberal (republik ataupun raja berperlembagaan) yang menentang raja berkuasa mutlak atau diktator, Liberalisme budaya untuk diberi maksud kebebasan peribadi yang menentang undang-undang yang mengongkong kebebasan di antara dasar nationalisme atau agama. Liberalisme ekonomi adalah sokongan terhadap harta peribadi dan menentang peraturan-peraturan yang mengekang hak-hak terhadap harta peribadi yang ditulis oleh kerajaan, dan Liberalisme sosial di mana ia menunjukkan kesaksamaan dan menentang ketidaksamarataan peluang. Bagi Liberalisme Moden pula bermaksud campuran bentuk-bentuk Liberalisme. Terdapat beberapa prinsip Liberalisme yang telah dipersetujui di kalangan liberal iaitu Liberalisme politik, Liberalisme budaya, Liberalisme sosial dan Liberalisme ekonomi.

Liberalisme politik

Merupakan aliran di mana seseorang itu adalah asas undang-undang dan masyarakat. Tambahan lagi, masyarakat dan institusi-institusi kerajaan yang wujud di dalam masyarakat berfungsi untuk memperjuangkan hak-hak peribadi tanpa memilih kasih kepada sesiapa yang mempunyai taraf sosial yang tinggi.magna Carta adalah satu contoh di mana dokumen politik meletakkan hak-hak peribadi lebih tinggi daripada kuasa raja. Liberalisme politik menekankan perjanjian sosial yang mana rakyat merangka undang-undang dan bersetuju untuk mematuhi undang-undang tersebut. Ini adalah berdasarkan pemikiran di mana seseorang itu lebih mengetahui apa yang terbaik untuk dirinya. Liberalisme politik mengandungi semua lapisan masyarakat tanpa mengira jantina, kaum atau taraf ekonomi. Liberalisme politik juga menekankan kedaulatan undang-undang dan demokrasi liberal.

Liberalisme budaya

Menekankan hak-hak peribadi yang berkaitan dengan cara hidup dan perasaan hati termasuk kebebasan seksual, kebebasan beragama, kebebasan pemahaman dan perlindungan dari campur tangan kerajaan di dalam kehidupan peribadi.
Liberalisme budaya secara umum menentang keras campur tangan pemerintah yang mengatur sastera, seni, akademik, perjudian, seks, pelacuran, pengguguran, keluarga berencana (birth control), alkohol, ganja (marijuana) dan barang-barang lainnya. Negara Belanda, Dari segi liberalisme budaya, mungkin adalah negara yang paling liberal di dunia. John Stuart Mill menyatakan dengan tepat di dalam eseinya yang bertajuk On Liberty:

"Pelindungan diri adalah satu-satunya tujuan manusia yang benar dari segi peribadi dan masyarakat ke atas campur tangan di dalam kebebasan orang-orang lain. Kuasa tertinggi yang benar hanya boleh digunakan untuk menghalang seseorang dikalangan satu masyarakat yang bertamadun daripada mengganggu atau mencederakan seseorang yang lain. Kebaikan fizikal atau moral seseorang itu tidak mencukupi untuk membiarkan dia mengganggu orang lain." (Di dalam bahasa Inggeris: "The sole end for which mankind are warranted, individually or collectively, in interfering with the liberty of action of any of their number, is self-protection. That the only purpose for which power can be rightfully exercised over any member of a civilized community, against his will, is to prevent harm to others. His own good, either physical or moral, is not a sufficient warrant.")

Liberalisme budaya secara umumnya menentang peraturan-peraturan kerajaan di dalam kesusasteraan, seni, akademik, perjudian, seks, pelacuran, penguguran kandungan, penggunaan pengawalan pengandungan, kesakitan muktamad, arak, ganja dan barang-barang kawalan yang lain. Kebanyakan ahli-ahli liberal menentang separuh atau semua peraturan-peraturan kerajaan yang mencampuri hal-hal ini. Negara Belanda, dari segi Liberalisme budaya, mungkin adalah negara yang paling liberal di dunia. Walaupun terdapat persetujuan, sesetengah aliran memaparkan berbezaan pendapat yang mendalam.

Liberalisme ekonomi

Turut dikenali sebagai Liberalisme Klasik atau Liberalisme Manchester adalah satu ideologi yang menyokong hak-hak peribadi ke atas harta benda dan kebebasan perjanjian bertulis. Ia memperjuangkan Kapitalisme Laissez-faire yang mahu membuang semua halangan terhadap perdagangan dan pemberhentian kemudahan yang diberi oleh kerajaan seperti subsidi dan monopoli.

Ahli-ahli ekonomi liberal mahu hanya sedikit atau tiada langsung peraturan-peraturan kerajaan di pasaran. Sesetengah mereka menerima halangan kerajaan ke atas monopoli dan kartel dan sesetengah yang lain menyatakan bahawa monopoli dan kartel dan sesetengah yang lain menyatakan bahawa monopoli dan kartel disebabkan oleh tindakan kerajaan.

Liberalisme ekonomi menyatakan bahawa harga barangan dan perkhidmatan harus ditentukan oleh pasaran yang sebenarnya ditentukan oleh tindakan-tindakan pengguna. Ada yang mahu melihat kuasa pasaran bertindak di kawasan-kawasan yang biasanya dimonopoli oleh kerajaan seperti keselamatan dan mahkamah. Liberalisme ekonomi menerima ketidaksamarataan sebagai hasil semulajadi daripada persaingan yang tidak melibatkan ugutan yang mengacam hak-hak peribadi. Sedangkan Liberalisme ekonomi mendukung pemilikan harta peribadi dan menentang peraturan-peraturan pemerintah yang membatasi hak-hak terhadap harta pribadi. Aliran Liberalisme ini dipengaruhi oleh Liberalisme Inggeris yang merebak di pertengahan kurun ke-19. Minarchisme dan Anarcho-Kapitalisme adalah antara bentuk-bentuk Liberalisme ekonomi. Berkaitan juga perdagangan bebas, Neo-Liberalisme dan Liberalisasi.

Liberalisme sosial
Juga di kenali Liberalisme baru (tidak patut dikelirukan dengan Neoliberalisme) mula dilihat berdiri di kalangan masyarakat negara-negara maju pada akhir abad ke-19. Ia dipengaruhi oleh Utilitarianisme yang diasaskan oleh Jeremy Bentham dan John Stuart Mill. Ada ahli-ahli liberal yang menerima, sesetengah atau semuanya, teori penyalahgunaan Sosialis dan Marxis dan ulasan-ulasan terhadap "tujuan keuntungan" dan membuat kesimpulan bahawa kerajaan seharusnya menggunakan kuasanya untuk menyelesaikan masalah itu.

Mengikut fahaman ini, semua individu perlu diberi perkhidmatan asas yang memuaskan seperti pelajaran, peluang ekonomi dan pelindungan daripada kejadian makro yang tidak ditentukan oleh mereka, seperti yang ditulis oleh John Dewey dan Mortimer Adler pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20. Kepada Liberalisme sosial, kemudahan-kemudahan ini dianggap sebagai hak
.
Ini adalah hak-hak positif yang berbeza secara kualitatif dari apa yang dibahaskan dari segi klasikal, iaitu hak-hak negatif yang hanya menuntut seseorang daripada mencabuli hak-hak orang lain. Menurut ahli-ahli Liberalisme sosial, hak-hak positif ini perlu dibuat dan dibekalkan kepada orang ramai. Menurut mereka lagi, kepastian hak-hak positif adalah objektif yang berterusan yang secara asasnya melindungi kebebasan. Sekolah, perpustakaan, muzium dan galeri seni hendaklah dibiayai dengan hasil cukai.

Pemikir-pemikir Liberalisme sosial menyokong sesetengah sekatan ke atas pesaing ekonomi seperti undang-undang "anti-trust" dan kawalan harga dan gaji. Kerajaan juga dianggap akan memberi kebajikan asas yang dibiayai dengan hasil cukai yang bertujuan untuk membolehkan penggunaan pekerja-pekerja yang terbaik di dalam masyarakat untuk menghalang revolusi ataupun hanya untuk kebaikan sejagat.

Pergelutan di antara kebebasan ekonomi dan kesaksamaan sosial hampir setua dengan idea kebebasan itu sendiri. Plutarch yang menulis mengenai Solon (c. 639- c. 559 SM) yang merupakan ahli perundangan di Athens tua menyatakan:

"Solon mengambil berat tentang isu pengampunan hutang; itu adalah caranya untuk memperkuatkan kebebasan rakyat; tiada gunanya untuk undang-undang menyatakan bahawa semua lelaki mempunyai hak-hak yang sama adil tetapi yang miskin mesti mempergadaikan kebebasan mereka kerana hutang, dan menyebabkan kerusi keadilan dan kesaksamaan, mahkamah, kerajaan dan tempat perbincangan awam dikuasai oleh orang-orang yang berharta." (Bahasa Inggeris: "The remission of debts was peculiar to Solon; it was his great means for confirming the citizens' liberty; for a mere law to give all men equal rights is but useless, if the poor must sacrifice those rights to their debts, and, in the very seats and sanctuaries of equality, the courts of justice, the offices of state, and the public discussions, be more than anywhere at the beck and bidding of the rich.”)

Ahli-ahli liberal ekonomi melihat hak-hak positif sebagai melanggar hak-hak negatif dan oleh itu ianya tidak sah. Dengan demikian, mereka melihat kerajaan hanya mempunyai peranan yang kecil. Dengan adanya liberal ekonomi yang berpendapat bahawa kerajaan tiada fungsi langsung dan ada juga seperti minarkis yang hendak mengecilkan peranan kerajaan kepada perundangan, keselamatan dan pertahanan.

Liberal sosial sebaliknya ingin membentuk kerajaan yang menjamin kebajikan am rakyat dengan menyediakan makanan dan tempat perlindungan untuk orang yang tidak berupaya untuk menyediakan keperluan tersebut untuk dirinya sendiri, perkhidmatan perubatan, perkhidmatan persekolahan, pencen, kebajikan kanak-kanak dan yang kurang upaya termasuk orang-orang tua, perlindungan untuk pihak minoriti, pencegahan jenayah dan pembiayaian seni dan sains. Ini sekali gus meninggalkan idea kerajaan kecil.

Kedua-dua jenis Liberalisme mempunyai tujuan yang sama iaitu kebebasan, tetapi mereka tidak bersetuju bagaimana cara yang paling baik atau yang paling bermoral untuk mencapai kebebasan. Sesetengah parti politik liberal menekankan Liberalisme ekonomi dan sesetengah yang lain lebih mengemari Liberalisme sosial. Parti konservatif selalu mendekati Liberalisme ekonomi dan pada masa yang sama menolak Liberalisme sosial dan budaya.

Kesemua bentuk Liberalisme mempunyai pendapat di mana terdapat keseimbangan di antara tanggungjawab kerajaan dan peribadi di mana kerajaan perlu menjalankan peranan yang mana seseorang itu tidak mampu untuk membuatnya dengan sendiri melalui diri atau pihak swasta. Liberalisme telah merebak dengan luasnya di dunia moden yang akhirnya menyebabkan kerajaan-kerajaan dunia moden ini sekurang-kurangnya bercakap (dan tidak semestinya bertindak) mengenai kebebasan peribadi sebagai asas masyarakat.

LIBERALISME KLASIK

Liberalisme Klasik merupakan satu cabang falsafah Liberalisme yang menekanan kerasionalan manusia, hak-hak harta peribadi, hak-hak semulajadi, kekangan perlembagaan ke atas kerajaan, perlindungan hak-hak sivil, pasaran bebas dan kebebasan peribadi seperti yang diterangkan melalui penulisan Adam Smith, David Ricardo, Jeremy Bentham dan John Stuart Mill. Perkataan klasik ditambah secara retrospektif untuk membezakan Liberalisme ini daripada Liberalisme baru yang diperkenalkan oleh Thomas Hill Green, Leonard Trelawny Hobhouse dan Franklin D. Roosevelt. Perkara teras di dalam Liberalisme Klasikal adalah laissez-faire dan aturan spontan. Ahli-ahli moden Liberalisme Klasik sebaliknya menolak perusahaan-perusahaan yang dibayar dengan wang awam.

Liberalisme Klasik mengutamakan kepentingan kebebasan perusahaan peribadi, hak-hak berhartaan individu dan kebebasan perjanjian. Pemikiran ini juga menerima ketidaksamarataan pengagihan kekayaan berpunca daripada persaingan di pasaran bebas yang tidak mengacam hak-hak kehartaan seseorang.

Walaupun begitu, mereka percaya bahawa syarikat perlu dikenakan cukai yang lebih tinggi dan menolak individu perlu dikenakan cukai. Ini adalah sangat berbeza daripada falsafah liberal klasik yang awal. Friedrich Hayek, Ludwig von Mises dan Milton Friedman telah mempopularkan Liberalisme Klasik di abad ke-20 setelah disisihkan semasa lewat abad ke-19 dan ke 20.

Libertarian yang mempunyai kecenderungan minarkis menggunakan frasa Liberalisme Klasik tanpa membezakannya daripada Libertarianisme. Penggunaan frasa Liberalisme Klasik sebagai Libertarianisme sedang didebatkan oleh ahli-ahli akademik. Akan tetapi, jika kedua-dua falsafah tersebut berbeza, di dalam banyak cara, Libertarianisme kelihatan serupa dengan Liberalisme klasik.

Pemikiran asas dalam Liberalisme Klasik

Liberalisme di Amerika Syarikat telah mengambil satu langkah yang pragmatik sebagai tindakbalas terhadap revolusi industri. Semasa zaman Thomas Jefferson, ekonomi laissez faire telah diterima sebagai satu dasar liberal untuk mengecapi kesaksamaan terhadap peluang untuk semua. Arthur Schlesinger Jr. berpendapat bahawa :

“ apabila keadaan penindustrian yang bertambah rumit mula memerlukan campur tangan kerajaan untuk memastikan kesaksamaan peluang, tradisi liberalisme yang setia kepada sasaran dan bukan dogma mengubah pandangannya terhadap kerajaan ... dari situ wujudnya konsep kerajaan kebajikan sosial yang mana kerajaan nasional mempunyai tanggungjawab khusus untuk mengekalkan tahap penggangguran yang rendah, memastikan taraf hidup dan buruh yang tinggi, menjadi pengadil di dalam persaingan perniagaan dan mendirikan sekuriti sosial yang menyeluruh.”

Walau bagaimanapun, keadaan mula berubah semasa tahun 1970-an. Kelembapan ekonomi serta tahap cukai dan hutang yang tinggi menyebabkan ramai makin tertarik kepada Liberalisme Klasik. Tarikan tersebut mula membangunkan semula pendapat Liberalisme Klasik yang telah lama ditinggalkan oleh orang ramai. Antara mereka yang memperjuangkan fahaman ini adalah Friedrich von Hayek dan Milton Friedman.

Kedua-dua tokoh ekonomi ini menekankan bahawa campur tangan kerajaan di dalam polisi fiskal akan membawa kesan buruk. Idea ini mula diterima pakai oleh parti politik yang berhaluan konservatif di Amerika Syarikat dan Great Britain di awal 1980-an. Presiden Ronald Reagan sendiri telah menamakan Bastiat, von Mises dan Hayek sebagai tokoh-tokoh yang telah mempengaruhi perkembangan Liberalisme Klasik.

Nancy L. Rosenblum dan Robert C. Post menulis, "Perkara pokok Liberalisme klasikal" adalah "bimbingan kesatuan secara sukarela”. Mengekangkan saiz dan lebih penting kuasa kerajaan. Selagi kerajaan menjadi sumber peraturan yang menghalang orang awam dari menjadi perosak atau hidup secara parasit dan ke arah cara hidup yang membina, masyarakat akan memerintah dirinya sendiri. Jika anda hendak masyarakat untuk membangunan, biarkan dia menjalankan hidupnya sendiri.

Falsafah Liberalisme Klasik memberi penekanan khusus terhadap kedaulatan peribadi yang mana hak-hak harta peribadi adalah satu bahagian yang sangat penting di dalam konsep kebebasan peribadi. Ini menjadi asas pemikiran terhadap sokongan kepada polisi awam laissez faire. Pemikiran ahli-ahli Liberalisme Klasik tidak yakin terhadap demokrasi terus.

"kerana tiada apa di dalam idea pemerintahan majoriti yang menunjukan bahawa kumpulan majoriti akan menghormati hak-hak harta peribadi ataupun undang-undang."

Sebagai contoh, James Madison memperjuangkan republik berperlembagaan yang berdiri atas kebebasan peribadi dengan alasan bahawa demokrasi tulen “adalah perasaan atau kepentingan bersama yang dikongsi oleh satu kumpulan majoriti dan tidak ada cara di dalam demokrasi tulen untuk menentang kuasa majority daripada pengorbankan pihak minoriti."

Dari sudut ekonomi, sesetengah liberal klasik mendokong ekonomi pasaran sebagai sistem yang paling cekap untuk memuaskan kehendak manusia serta mengalirkan sumber-sumber ke arah penggunaan yang paling membina: they "are more suspicious than conservatives of all but the most minimal government." Penekanan terhadap pasaran bebas lahir dari "tanggapan yang manusia berfikiran waras, berkepentingan sendiri dan logikal terhadap sasarannya." Adam Smith bagaimanapun tidak memperjuangkan kapitalisme tulen dan menerima bahawa pasaran bebas mempunyai kelemahannya sendiri.

Falsafah ini juga memegang dengan teguh bahawa hak-hak peribadi tidak memerlukan kerajaan untuk wujud. Thomas Jefferson menamakan hak-hak ini sebagai hak-hak sedia lahir (inalienable rights):

“ kebebasan adalah tingkah laku yang tidak terhalang di dalam ruang yang sempadannya terwujud dengan adanya hak-hak orang lain yang sama. Saya tidak berkata "di dalam ruangan undang-undang” kerana undang-undang selalunya adalah kehendak pemerintah yang zalim, terutamanya apabila undang-undang melanggar hak-hak peribadi.”
(http://ms.wikipedia.org/wiki/Liberalisme_klasikal)

Neo liberalisme ekonomi

Pendekatan neo liberal memperjuangkan ekonomi liberal yang berasaskan kepada ideologi Adam Smith, Milton Friedman dan Ludwig Von Hayek. Berbeza dengan pendekatan strukturalis, pendekatan neo liberal ini menekankan kebebasan daripada kawalan ekonomi kerajaan.

Menurut pendukung neo Liberalisme, kemunduran adalah disebabkan oleh ketidakcekapan peruntukan sumber yang berpunca daripada kesilapan dasar harga dan campur tangan kerajaan yang tidak keterlaluan. Pendokong prinsip neo liberal seperti Peter bauer, Deepak Lal, Anne Krueger, Harry Johnson, Bella beladssa dan Bhagwati telah menentang campurtangan kerajaan kerana beberapa alasan. Antaranya perancangan pembangunan, percarian sewa, perbelanjaan kerajaan.

Perancangan Pembangunan
Perancangan komprehansif adalalah satu bentuk campurtangan kerajaan. Kumpulan neo liberal mengkritik perancangan atas alasan ketidakupayaan ahli perancang kerajaan. Mereka lebih percaya kepada keupayaan pengusaha dan kuasa pasaran berbanding dengan pegawai kerajaan yang merancang.

Perancangan Sewa

Kumpulan neo liberal menegaskan bahawa campurtangan kerajaan dalam ekonomi akan menggalakkan penduduknya untuk mencari jalan maksimumkan untung berasaskan kawalan kerajaan. Individu akan sentiasa berusaha mengwujudkan hubungan erat dengan golongan yang berkuasa dengan harapan mereka akan dapat menaikkan kedudukan ekonomi dan menikmati faedah daripada hubungan tersebut.

Perbelanjaan kerajaan

Menurut pendekatan neo liberal, perbelanjaan kerajaan semakin meningkat dan ada yang berlebihan. Perbelanjaan sedemikian akan menghalang pelaburan dan inisiatif sektor swasta. Disamping itu, perbelanjaan kerajaan sering meningkat lebih pesat dengan hasil kerajaan.

DASAR NEO LIBERAL

Masalah hutang yang berlaku di kebanyakan negara membangun dalam jangkamasa 1980-an telah menyebabkan Bank Dunia dan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) untuk mengimplimentasikan satu dasar baru. Dasar ini secara kolektifnya digelar sebagai penyesuaian struktural. Terdapat tiga aspek utama dalam dasar ini iaitu meliputi Liberalisasi pasaran, Liberalisasi perdagangan dan mengurangkan peranan kerajaan dalam ekonomi.

Liberalisasi pasaran

Di negara membangun, kerajaan telah mengawal harga komoditi utama. Kumpulan neo liberal mengatakan bahawa kelembapan ekonomi negara membangun adalah berpunca daripada ketidakcekapan agihan sumber dan campurtangan berlebihan oleh kerajaan. Menurut pendekatan ini, harga adalah petunjuk terbaik untuk peruntukan sumber. Sebarang campurtangan kerajaan seperti subsidi dan kawalan harga akan menyebabkan berlaku herotan harga. Untuk mencapai pertumbuhan ekonomi negara membangun dikehendaki menghapuskan herotan harga., meliberalisasikan kewangan, megurangkan campurtangan kerajaan dalam pasaran buruh dan memastikan ekonomi mencerminkan harga sebenar.

Liberalisasi perdagangan

Satu bidang reformasi dasar adalah berbentuk perdagangan. Pendekatan neo liberal mengutamakan strategi pembangunan yang lebih berorientasikan luaran seperti menghentikan kuota import, megurangkan tarif. Melibatkan kadar pertukaran yang realistik.

Mengurangkan peranan kerajaan dalam ekonomi
Satu lagi perkara penting yang diperjuangkan oleh pendukung neo liberal ialah mengurangkan peranan kerajaan dalam ekonomi. Antara langkah yang dilakukan ialah penswastaan oleh agensi kerajaan. Kerajaan di negara membangun yang mengalami krisis hutang terpaksa akur kepada syarat Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) yang mengkehendaki kerajaan menjual atau menswastakan syarikat awam untuk meningkatkan dana dan megurangkan perbelanjaan awam.

Selain itu, bagi mengurangkan perbelanjaan kerajaan yang merupakan satu lagi aspek penting yang ditekankan. Ini dilakukan melalui pengurangan dalam perkerjaan di sektor awam dan mengehadkan upah pekerja kerajaan. Pendekatan neo liberal menyarankan supaya kerajaan hanya terlibat dalam aktiviti ekonomi di mana ia mempunyai kepakaran seperti menyediakan peraturan dan persekitaran ekonomi yang baik untuk memudahkan pasaran secara bebas.

Perbezaan antara Liberalisme dengan Neoliberalisme

Neoliberalisme yang juga dikenal sebagai fahaman ekonomi neo liberal mengacu pada falsafah ekonomi-politik yang mengurangkan atau menolak campur tangan pemerintah dalam ekonomi domestik. Fahaman ini memfokuskan pada metod pasar bebas, pembatasan yang sedikit terhadap perilaku perniagaan dan hak-hak milik pribadi.

Dalam kebijakan luar negeri, neoliberalisme berkait rapat dengan pembukaan pasar luar negeri melalui cara-cara politik, menggunakan tekanan ekonomi, diplomatik, dan/atau intervensi militer. Pembukaan pasar merujuk kepada perdagangan bebas.Neoliberalisme secara umum berkaitan dengan tekanan politik multilateral, melalui berbagai badan pengelolaan perdagangan seperti WTO dan Bank Dunia. Neoliberalisme melalui ekonomi pasaran bebas berhasil menekankan intervensi pemerintah (seperti fahaman Keynes), dan melangkah dalam pertumbuhan ekonomi keseluruhan. Untuk meningkatkan kerjasama, Neoliberalisme berusaha keras untuk menolak atau mengurangi hak-hak buruh seperti upah minimum, dan hak-hak daya tawar kolektif lainnya.

Neo-liberalisme berbeza dengan Sosialisme, Proteksionisme, dan Environmentalisme. Secara domestik, ini tidak langsung berlawanan secara prinsip dengan Poteksionisme, tetapi kadang-kadang menggunakan ini sebagai alat tawar untuk mempengaruhi negara lain supaya membuka pasaran mereka. Neoliberalisme sering menjadi halangan bagi perdagangan adil dan gerakan lainnya yang mendukung hak-hak buruh dan keadilan sosial yang seharusnya menjadi keutamaan terbesar dalam hubungan antarabangsa dan ekonomi.

Neo-liberalisme pula adalah satu sistem kapitalisme yang berasaskan kepada prinsip-prinsip Liberalisme yang dinyatakan di atas iaitu kebebasan individu, campurtangan kerajaan yang terbatas dan kawalan oleh pasaran. Pada abad ke-20, menyaksikan aktor-aktor bukan negara seperti Syarikat Multi Nasional (MNC), MNC memainkan peranan sebagai agen perubahan dan berkembangnya ekonomi pasaran bebas yang seterusnya menjadikan peranan kerajaan berubah.

Dalam usaha menjaga kesejahteraan individu-individu, negara terpaksa berurusan dengan MNC, pelabur, globalisasi dan sebagainya untuk tujuan pelaburan yang dikatakan mampu membawa kemakmuran, kebebasan dan kekayaan. Dari segi teorinya, kerajaan masih mempunyai kawalan-kawalan asas terhadap ekonomi, rundingan perdagangan dan penentuan pelaburan luar. Sebagai contoh, negara masih mempunyai kawalan terhadap sektor ketenteraan yang tidak diboleh diganggu gugat oleh agen-agen seperti MNC.

Selain itu juga, negara-negara perlu mengubah sistem kepada demokrasi supaya dapat memenuhi keperluan perkembangan Neo-liberalisme. Keselamatan telah berubah daripada konvensional kepada keselamatan sosial serta menjadikan peranan kerajaan menjadi begitu kompleks untuk memenuhi keperluan dalaman dan luaran.


Gelinas (2003) menjelaskan bahawa sejarah Liberalisme dan Neo-liberalisme mempunyai kaitan dengan ekonomi dan memberikan senarai tokoh yang mengembangkan ideologi ini seperti Adam Smith yang menunjukkan ekonomi dan persoalan sosial adalah selari. Beliau melihat pasaran mampu mengurus, bernilai sejagat dan satu mekanisme yang mengarah serta menstruktur kesemua aktiviti ekonomi dan keseluruhan sistem sosial.

Tokoh lain adalah David Ricardo yang dianggap sebagai bapa kepada ideologi perdagangan bebas. Ricardo muncul selepas 40 tahun The Wealth of Nation karya Adam Smith yang mana ketika itu jelas sekali perubahan dari segi konteks dan Kapitalisme mencapai kematangan serta kewujudan kilang berkali ganda. England pula mempunyai begitu banyak barangan yang perlu dijual di dalam pasaran antarabangsa. Tokoh lain seperti Jeremy Bentham yang mempopularkan Utilitarianisme dan diikuti oleh John Stuart Mills, John Locke dan lain-lainnya.

Neo-liberalisme merupakan satu ideologi yang begitu dominan pada masa sekarang dan selain menekankan kepada kebebasan individu untuk bebas memaksimakan keuntungan, ia begitu berkait rapat dengan kegiatan ekonomi. Menurut teori ini, pasaran perlu dibuka sepenuhnya bagi pengaliran modal dan kerajaan perlu menghapuskan semua sekatan dan peraturan untuk pasaran berkembang.

Pada zaman ini juga menyaksikan peningkatan perdagangan antarabangsa dengan pelbagai usaha untuk mengurangkan sekatan tarif, cukai dan sebagainya. Kuasa negara hanya memenuhi keperluan sektor ekonomi tetapi tidak campur tangan sepenuhnya kerana pasaran perlu dibiarkan bebas. Sebagai teori politik, Neo-liberalisme sebenarnya boleh dikatakan telah menghakis kuasa negara bangsa kerana ia tidak mempunyai kuasa untuk mengawal pergerakan modal yang amat diperlukan bagi kemajuan. Seperti yang berlaku ketika krisis ekonomi 1997, sesebuah negara bangsa yang ingin mendapatkan bantuan agensi seperti IMF dan Bank Dunia perlu mematuhi syarat-syarat yang dikenakan dan tidak boleh berfikir sendiri memulihkan ekonomi negara masing-masing.

Bagi Samir Amin (2001) pula, pada zaman globalisasi yang menjadi manifestasi perkembangan Neo-liberalisme, penduduk tidak lagi memilih sebuah kerajaan yang mampu menyediakan pelbagai kemudahan dan menyediakan jaringan keselamatan sosial tetapi pemilihan dalam pilihan raya bergantung kepada kemampuan sesebuah kerajaan memenuhi keperluan pasaran.

Kejayaan sesebuah kerajaan hanya dikaitkan dengan pengurusan pasaran dan tidak lagi dalam menyediakan kemudahan untuk rakyat. Gelinas menganggap Milton Friedman dan Friedrich von Hayek adalah guru-guru kepada perkembangan ideologi ini yang mementingkan kebebasan pasaran sepenuhnya.

Kewujudan sesebuah negara hanya untuk memenuhi keperluan pasaran tanpa perlu ada campur tangan yang sepatutnya. Daripada Smith hingga Friedman, Liberalisme telah mengalami pelbagai perubahan dan sentiasa diperbaiki untuk muncul sebagai ideologi Neo-liberalisme pada hari ini. Contoh terbaik kepada amalan Neo-liberalisme ini adalah ketika pentadbiran Margaret Thatcher di Britain dan Ronal Reagan di Amerika Syarikat yang memulakan reformasi ekonomi melalui Dasar Penswastaan.

Berikutan itu, menurut Susan George (2001) berlaku perubahan mendadak dari segi kebajikan rakyat. Misalnya, sebelum pentadbiran Thatcher, hanya seorang daripada sepuluh individu yang hidup di bawah paras kemiskinan dan kini seorang daripada empat individu adalah penduduk miskin di Britain.

Jurang antara yang miskin dan kaya terus meningkat dan ia berlaku bukan hanya di negara kurang membangun tetapi di negara-negara kaya sendiri. Pada 1996, berdasarkan laporan Program Pembangunan PBB, UNDP, lebih daripada 800 juta manusia tidak mempunyai makanan yang mencukupi dan sekitar 500 juta lagi menderita kerana kekurangan zat makanan.

Data seperti ini hanya memberi satu gambaran iaitu dalam sistem dunia sekarang yang ditunjangi oleh Neo-liberalisme, perolehan keuntungan adalah keutamaan dan bukan lagi tanggungjawab sosial oleh negara-negara kaya. Sistem negara kebajikan yang mempunyai jaringan keselamatan sosial yang agak berperikemanusiaan telah merosot pada era ini kerana Neo-liberalisme menggalakkan persaingan antara individu untuk memenuhi kehendak mereka tanpa perlu memikirkan kepada mereka yang ketinggalan.

Polisi-polisi dirancang untuk memberi pendapatan yang lebih seperti melalui pemotongan cukai dan menurunkan kadar upah pekerja. Pada peringkat antarabangsa pula, Neo-liberal menumpukan usaha-usaha mereka kepada perdagangan bebas barangan dan perkhidmatan, kebebasan pusingan modal, dan kebebasan untuk melabur. Oleh itu, mana-mana kerajaan yang ingin turut sama dalam pasaran antarabangsa perlu mematuhi kepada prinsip-prinsip tersebut dan pelbagai tekanan dikenakan melalui institusi seperti WTO untuk menghapus dan mengurangkan kawalan kerajaan melalui cukai dan sebagainya.

Bagaimanapun, dagangan dunia juga menunjukkan ketidakadilan apabila negara-negara kapitalis kaya yang banyak menekan untuk pembukaan pasaran manakala, barangan atau perkhidmatan dari negara-negara kurang membangun mengalami masalah untuk memasuki pasaran mereka. Misalnya, sekatan yang dikenakan sehingga sekarang untuk melindungi sektor pertanian dan tekstil Amerika Syarikat dan menghalang kemasukan barangan dari negara lain.

Jika dibandingkan Liberalisme dan Neo-liberalisme ini, ternyata kedua-duanya mempunyai persamaan iaitu kebebasan kepada individu untuk memaksimakan kepuasan mereka yang ditandai dengan kepentingan peribadi, materialistik dan sebagainya. Hak-hak politik juga dilaksanakan sepenuhnya melalui aspirasi demokrasi yang memberi peluang kepada pilihan raya, hak untuk berpolitik dan lain-lain lagi.


Dari segi ini, ideologi Liberalisme dan Neo-liberalisme tidak mempunyai sebarang masalah. Bagaimanapun, dari sudut ekonomi, ideologi yang memperjuangkan kebebasan pasaran sepenuhnya dan tidak mempercayai peranan kerajaan di dalam pasaran telah menyebabkan berlaku ketidakseimbangan sosio-ekonomi.

Sehinggalah pada lewat abad ke-19, munculnya demokrasi sosial sebagai perkembangan daripada Liberalisme untuk memberi peluang kepada kerajaan memainkan peranan di dalam pasaran dan memastikan jaringan keselamatan sosial melindungi semua individu di dalam masyarakat. Ini bermakna kelemahan Liberalisme ekonomi sebelum ini telah cuba diatasi dengan kemunculan negara kebajikan yang berasaskan kepada Liberalisme sosial.

Bagaimanapun, apa yang diperjuangkan oleh Neo-liberalisme begitu membimbangkan kerana sehingga kini tiada usaha untuk mengatasi ketidakseimbangan sosio-ekonomi penduduk dunia. Faktor modal, pasaran bebas, pembukaan pasaran dan penghapusan kawalan kerajaan menjadi agenda penting ideologi ini. Lalu menampakkan Neo-liberalisme sebagai satu ideologi yang mementingkan diri individu secara melampau dalam usaha menjana keuntungan seberapa banyak yang boleh terutama oleh pemodal dan negara-negara pendukung Kapitalisme.

Era globalisasi sekarang juga menjadi manifestasi kepada kejayaan Neo-liberalisme dalam meliberalisasi pasaran antarabangsa. Ketiadaan satu sistem ekonomi alternatif selepas kejatuhan Komunisme turut membawa kepada kemerosotan sistem negara kebajikan yang banyak membantu rakyat dari segi jaringan keselamatan sosial. Lebih membimbangkan apabila kuasa dan kedaulatan negara bangsa juga terhakis kerana mereka perlu tunduk kepada tekanan pasaran yang sebenarnya dikuasai oleh kuasa pemodal kapitalis.

Kritikan Terhadap Neo-Liberalisme
Neo-liberalisme percaya bahawa kuasa pasaran dapat membawa kemewahan, kebebasan, demokrasi dan keamanan kepada dunia sejagat. Sejak abad ketujuh belas, ahli teori perdagangan bebas telah berhujah bahawa sempadan negara tidak sepatutnya membina halangan seperti tarif cukai bagi memastikan pembahagian sumber yang berkesan di dalam dunia ekonomi.

Neo liberal di dalam dekad ini pula menentang sebarang campur tangan proaktif negara untuk memimpin atau mengurangkan operasi pasaran yang semakin bersifat global. Agensi awam perlu membiarkan pasaran global berfungsi tanpa pembatasan negara. Mereka berpendapat negara dan institusi multilateral memenuhi kehendak globalisasi dan peraturan rasmi oleh negara patut tidak dikenakan.

Globalisasi pada masa kini dianggap sebagai manifestasi kejayaan Neo-liberalisme yang turut menerima kritikan-kritikan khususnya daripada golongan reformis dan radikal. Kritikan reformis menegaskan bahawa mereka bersetuju globalisasi dapat menjadi kuasa utama bagi kebaikan sosial dan bagi mencapai kesan positif globalisasi, turut memerlukan perancangan polisi awam.
Mereka berpendapat, pasaran tetap memerlukan bantuan negara khususnya bagi memperbaiki kelemahan pasaran. Reformis mencadangkan pelbagai peraturan untuk mengurangkan kesan negatif Kapitalisme seperti pengawalan terhadap pergerakan lintas sempadan membabitkan sumber yang mana kekurangannya dapat menyebabkan kerosakan kepada pasaran.

Pada 1990-an menyaksikan cabaran golongan reformis terhadap Neo-liberalisme mula membuahkan hasil sebagai contoh penguasaan sosial demokrat di Argentina, Britain, Jerman, Afrika Selatan, Republik Czech dan sebagainya. Pertubuhan Buruh Sedunia, ILO misalnya telah menggalakkan perlindungan buruh lebih aktif.

Manakala bagi kritikan radikalisme melihat globalisasi telah menyebabkan berlakunya kemusnahan kepada sistem sosial dan proses “de-globalization” diperlukan sebagai usaha memulihkan keseimbangan ekologi, intergriti budaya dan demokrasi. Golongan ini menyeru proses “de-globalization” dalam pelbagai bentuk seperti Nasionalisme ekonomi, kebangkitan agama dan radikal persekitaran. Golongan ini menolak sepenuhnya globalisasi dan menggalakkan pembangunan terkawal.


Perbandingan pengaruh liberal
Pemikir-pemikir awal zaman kebangkitan Eropah membandingkan Liberalisme dengan kuasa authoritarian "Ancien Regime", Merkantilisme Feudalisme dan Gereja Roman Katolik. Kemudiannya, ahli-ahli falsafah yang lebih radikal mula menerangkan pemikiran mereka semasa Revolusi Perancis.

Sepanjang kurun ke-19, Liberalisme berdiri dengan berlawanan dengan Sosialisme dan Komunisme walaupun ahli-ahli liberal moden Eropah pada mulanya membentuk satu pakatan dengan parti-parti politik demokratik-sosialis. Di kurun ke-20, Liberalisme berdiri menentang Totalitarianisme dan kolektivisme. Sesetengah liberal moden telah menolak teori klasik Perang Adil yang mengutamakan keneutralan dan perdagangan bebas dan sebaliknya menerima campur tangan bersama dan keselamatan bersama.
Liberalisme mengemari campur tangan kerajaan yang minimal. Liberalisme anti-statis yang terlampau seperti yang diperjuangkan oleh Frederic Bastiat, Gustave de Molinari, Herbert Spencer, dan Auberon Herbert pula adalah satu aliran ekstrem yang dikenali sebagai Anarkisme (tiada kerajaan) ataupun Minarkisme (kerajaan yang kecil, kadang-kala "the nightwatchman state"). Aliran anti-kerajaan ini secara amnya dikenali sebagai Libertarianisme.

Kebanyakan liberal percaya bahawa kewujudan kerajaan adalah perlu untuk melindungi rakyat tetapi makna kerajaan di sini boleh bermaksud hanya satu badan pelindung hak-hak dan kerajaan Weberian. Baru-baru ini, Liberalisme mula menentang mereka yang ingin mewujudkan satu masyarakat di mana agama menjadi kuasa tertinggi. Kumpulan-kumpulan Islamisme dan Kristian yang radikal menolak semua pemikiran liberal. Kumpulan-kumpulan berasaskan agama ini selalu melihat undang-undang dan cita-cita liberal selalu bercanggah dengan pendapat mereka.

PERKEMBANGAN PEMIKIRAN LIBERAL

Asal-usul pemikiran liberal
Penekanan ke atas maksud kebebasan sebagai hak penting seseorang di dalam satu masyarakat telah seringkali berulang sepanjang sejarah manusia. Antara yang telah disebut adalah persaingan di antara plebeian dan patrician semasa Empayar Roman dan perjuangan bandar negeri Itali dari Paus.

Republik-republik Florence dan Venice mempunyai pilihanraya, undang-undang dan kebebasan berusaha sepanjang tahun 1400an sehingga penguasaan kuasa luar pada kurun ke-16. Pemberontakan Belanda terhadap tekanan Katholik Sepanyol yang dikenali sebagai Perang Lapan Puluh Tahun selalu difikirkan selalu asal-usul nilai-nilai liberal walaupun Belanda enggan memberi kebebasan kepada orang-orang Katholik.

Sebagai satu ideologi, Liberalisme boleh dikatakan berasal dari falsafah Humanisme yang mula mempersoalkan kuasa Gereja semasa zaman Renaissance dan juga daripada pihak Whigs semasa Revolusi Gemilang di Great Britain yang mahu hak untuk memilih raja, ini boleh dilihat sebagai satu titik permulaan pemerintahan popular. Walaupun begitu, pergerakan yang benar-benar boleh dinamakan sebagai liberal bermula di masa Zaman Kebangkitan, secara khasnya, parti Whigs di Britain, ahli-ahli falsafah di Perancis dan pergerakan untuk pemerintahan sendiri di koloni British di New England.

Pergerakan-pergerakan ini menentang pemerintahan beraja mutlak, Merkantilisme dan bentuk-bentuk agama kuno dan berpaderi. Mereka juga adalah yang pertama memperlihatkan dasar hak-hak peribadi di bawah undang-undang dan hanya kepentingan pemerintahan sendiri melalui pilihanraya.

PERKEMBANGAN LIBERALISME

Liberalisme mula mengalami perubahan mendadak dengan membentukan pendapat yang menyatakan bahawa manusia bebas boleh membentuk asas masyarakat yang stabil. Pendapat ini pertama kalinya diketengahkan oleh John Locke (1632-1704) di dalam penulisannya bertajuk Two Treatises on Government.

Di dalam tulisan itu John Locke memperkenalkan dua idea liberal yang penting: kebebasan ekonomi yang bermaksud kebebasan untuk berharta dan mempergunakannya, dah kebebasan hati (freedom of conscience) seperti yang dibentangkan di dalam A Letter Concerning Toleration (1689). Tetapi, beliau tidak memperluaskan idea-idea itu kepada orang Kristian Katholik. Beliau membina pendapat awal mengenai hak-hak semulajadi (natural rights) yang dilihatnya sebagai "kehidupan, kebebasan dan harta." "Teori hak- hak semulajadi" beliau merupakan tokoh yang menjadi asas pembentukan idea hak-hak asasi manusia.
Menurut Locke lagi, harta adalah lebih penting daripada hak untuk melibatkan diri di dalam kerajaan dan pembuatan keputusan awam, beliau tidak menyokong demokrasi kerana beliau takut kepada kemungkinan pemberian kuasa kepada orang ramai akan membolehkan orang ramai mengatasi hak-hak peribadi kepada harta. Walaupun begitu, idea hak-hak semulajadi menjadi asas pemikiran yang mengiakan Revolusi Amerika Syarikat dan Perancis.

Di benua Eropah, Charles de Secondat, Baron de Montesquieu memperjuangkan fahaman undang-undang yang mengekang kuasa raja-raja. Fahaman tersebut telah dicatatkan oleh beliau di dalam The Spirit of the Laws yang ia adalah "lebih baik untuk mengatakan kerajaan yang paling serasi dengan alam adalah kerajaan yang serasi dengan kehendak mereka yang menubuhkan kerajaan. (Inggeris: "Better is it to say, that the government most conformable to nature is that which best agrees with the humour and disposition of the people in whose favour it is established.") daripada menerima penggunaan kuasa. Ahli ekonomi politik Jean-Baptiste Say dan Destutt de Tracy tertarik kepada "keharmonian" pasaran dan kemungkinan besar, mereka berdualah yang mencipta frasa laissez-faire. Ini kemudiannya beransur-ansur menjadi asas kepada kumpulan fisiokrat dan politik ekonomi Rousseau.

Pada Zaman Kesedaran Akhir Perancis, dua tokoh mula mempengaruhi dan membentuk pemikiran liberal. Dua tokoh tersebut adalah Voltaire dan Jean-Jacques Rousseau. Voltaire mengatakan bahawa Perancis patut mengamalkan sistem raja berperlembagaan dan menamatkan instituti Estat Kedua.
Rousseau pula memperjuangkan kebebasan semulajadi untuk manusia. Kedua-dua tokoh mahu membina sistem sosial yang baru di mana masyarakat boleh meletakkan batasan kepada kebebasan tetapi tidak boleh memusnahkannya, walaupun pendekatan mereka berbeza. Untuk Voltaire, pendekatannya adalah lebih intelektual manakala Rousseau pula menyentuhkan kebebasan semulajadi yang mungkin berkaitan dengan pendapat Diderot.

Rousseau juga membicarakan mengenai kontrak sosial. Ia adalah satu konsep yang kerap dilihat di dalam sejarah pemikiran liberal. Beliau menekanan idea ini dari pendapat yang menyatakan bahawa kontrak sosial adalah satu perkara yang semulajadi dan seseorang individual itu lebih mengetahui tentang apa yang terbaik untuk dirinya.

Masyarakat beraja di zaman Rousseau kurang senang dengan membicaraan Rousseau yang mengatakan setiap manusia itu dilahirkan bebas tetapi pendidikan adalah mencukupi untuk membataskan perilaku manusia itu di dalam masyarakat.

Dari pendapat itu, beliau terus menyatakan bahawa kebebasan untuk menentukan masa depan sendiri adalah kehendak setiap negara. Sekali lagi, idea Rousseau ini adalah bertentangan dengan sistem politik di Perancis pada masa itu. Idea-idea Rousseau merupakan unsur-unsur utama di dalam pengisytiharan Perhimpunan Kebangsaan Revolusi Perancis serta di dalam penulisan pemikir-pemikir Amerika seperti Benjamin Franklin dan Thomas Jefferson.Menurut Rousseau lagi, perpaduan sesuatu negara itu datang dari persetujuan bersama yang dikenali sebagai "kehendak kebangsaan". Perpaduan ini membolehkan sesuatu negara itu untuk wujud tanpa terikat kepada sistem sosial yang telah wujud sebelum ini, seperti aristokrasi.( http://ms.wikipedia.org/wiki/Liberalisme)

PANDANGAN ISLAM TERHADAP LIBERALISME

Sebagai sebuah cara hidup yang berpandukan kepada risalah daripada kitab Allah yang terakhir (al-Quran), maka Islam sememangnya diturunkan untuk menghadapi fenomena manusia pada umat akhir zaman. Kitab suci al-Quran adalah merupakan wahyu Allah yang terakhir kepada para utusannya justeru ia sememangnya sesuai untuk menangani permasalahan manusia zaman kini. Menyedari hakikat tersebut, isu berhubung dengan hubungan Liberalisasi dengan Islam telah dibincangkan oleh para Ulamak dan Umat Islam sendiri. Liberal itu artinya bebas, sementara Islam itu berarti berserah diri dan mengikatkan diri dengan din al Islam. Islam memberi kebebasan kepada manusia untuk memeluk din al-Islam atau tidak, tapi tidak memberi kebebasan menafsirkan Islam sesuai dengan keinginannya. Semua ada aturannya. Jangankan masuk dalam suatu agama, sekali masuk kedalam sebuah rumah tangga saja kita tidak bisa bebas sebebasnya. Jadi Islam tidak mengenal istilah atau gerakan yang disebut Liberalisme. Tapi Anti-liberalisme tidak serta merta mendukung Absolutisme, ini cara berfikir yang khas Barat. Kebebasan dalam Islam disebut ikhtiyar, akar katanya adalah khayr (baik), ertinya bebas memilih antara yang baik dan yang buruk. Untuk memilih yang baik dari yang buruk tentu harus dengan ilmu. Kalau tidak tahu mana yang baik dan yang buruk, seseorang tidak mampu bebas memilih. Jikapun dalam keadaan seperti itu ia diberi kebebasan, maka ia bertentangan dengan fitrah-nya. Sebab fitrah manusia itu baik dan akan memilih yang baik.

Sayyid Qutb mengumpamakan ideologi-ideologi moden termasuklah Liberalisme dan Sosialisme sebagai berhala-berhala bentuk baru. Namun begitu sekiranya diperhatikan sememangnya telahan Sayyid Qutb telah menjelaskan hakikat tersebut. Salah satu takrif yang selalu digunakan untuk merumuskan apakah itu ideologi, ialah gagasan pemikiran yang dipercayai oleh sesebuah masyarakat dalam menyelesaikan masalah kehidupan mereka. Menurut Wan Saiful, meskipun takrif ideologi itu sememangnya luas, tetapi elemen kepercayaan terhadap sesuatu gagasan pemikiran itu adalah antara terasnya yang utama. Oleh sebab itu, sesuatu ideologi seperti Liberalisme tidak sekadar membicarakan tentang kaedah atau tatacara mengendalikan politik atau ekonomi, tetapi ia turut mengandungi tiga persoalan utama kehidupan iaitu kepercayaan, peraturan dan etika.

Sebagai sebuah manhaj kehidupan, Islam turut terbahagi kepada tiga kandungan utama seumpama ini iaitu akidah (kepercayaan), syariah (peraturan termasuk perundangan) dan akhlak (etika). Berdasarkan perbandingan tersebut maka ideologi-ideologi moden seperti Liberalisme yang lahir dari cetusan pemikiran tokoh-tokoh Barat seolah-olah cuba mengambil kedudukan agama dalam mengatur urusan kehidupan manusia. Malah dalam sejarah perkembangan ideologi-ideologi tersebut jelas memaparkan bahawa ideologi berkembang bila mana pegangan agama asal sesebuah masyarakat itu diruntuhkan. Perkara ini pernah disentuh oleh Syed Naqib al-Attas ketika membincangkan tentang sekularisme yang pada pandangan beliau bukan sekadar bertentangan dengan Islam tetapi bertentangan dengan semua agama yang utama di dunia.

Mengaitkan ideologi-ideologi ini dengan isu-isu akidah dan syariah seringkali diperkatakan oleh para ulama semasa. Yang kurang disentuh ialah ideologi-ideologi ini turut mencampuri urusan satu lagi kandungan utama risalah Islam iaitu akhlak. Liberalisme sebagai contoh bukan sekadar menentukan pegangan dan perundangan sesebuah negara, malah turut menjustifikasikan sistem nilai sehingga merumuskan manakah amalan yang terpuji dan manakah amalan yang tercela. Hari ini boleh dikatakan sistem nilai yang berteraskan Liberalisme telah mencorakkan moral dan etika masyarakat global. Prinsip-prinsip moral dan etika dalam Liberalisme antaranya seperti yang diasaskan oleh Frank H. Knight telah menjadi sistem nilai global sehingga mempengaruhi masyarakat dalam menentukan sesuatu tingkahlaku. Ringkasnya, Liberalisme telah menunjukkan satu cara hidup baru yang meliputi tiga persoalan utama kehidupan manusia daripada persoalan kepercayaan dan peraturan sehinggalah persoalan etika.

Liberalisme tidak dapat dipisahkan daripada pengaruh agama Kristian sebagaimana disebut oleh Max Weber dalam ‘The Protestant Ethics and the Spirit of Capitalism’. Pandangan Waber ini tidak begitu popular kerana rata-rata meyakini bahawa kelahiran Liberalisme sepertimana juga ideologi-ideologi yang lain adalah di atas semangat meruntuhkan dan meminggirkan agama. Sekiranya pandangan Waber dijadikan neraca, maka kemunculan Amerika Syarikat, United Kingdom dan lain-lain blok Liberalisme adalah di atas pengaruh Kristian Protestant dengan dukungan Zionisme yang mewakili pengaruh Yahudi.

Dalam konteks hari ini, mereka yang paling kuat seterunya dengan Islam bukanlah Vatican tetapi kuasa-kuasa besar tersebut khususnya Amerika Syarikat sehingga tidak ada satu wilayah yang bergolak dalam dunia Islam hari ini, melainkan wujud campur tangan Amerika Syarikat. Maka golongan Yahudi dan Nasrani yang dimaksudkan dalam ayat 120 surah al-Baqarah dalam konteks hari ini adalah merujuk kepada kuasa-kuasa besar ini yang ideologi negara mereka adalah Liberalisme. Menyedari hakikat tersebut, Liberalisme dan Islam masing-masing mewakili cara hidup tersendiri, yang sedang dan akan bertembung pada dekad-dekad mendatang. Walaupun di sana wujud titik-titik pertemuan antara Liberalisme dan Islam, tetapi jurang perbezaan dan pertembungan antara keduanya adalah lebih ketara. (http://wansaiful.com/critique/)

Islam menghargai akal fikiran manusia. Islam juga menghormati suara rakyat. Tetapi Islam tidak meletakkan akal fikiran manusia sebagai mutlak dan kemuncak. Islam juga tidak memperakui kekeramatan suara rakyat sebagai kedaulatan yang hakiki. Manusia dengan keupayaan akal fikirannya dapat menentukan apa yang terbaik bagi dirinya serta masyarakatnya.Liberalisasi mengikut pemikiran Islam ini tidak lain merupakan usaha untuk mempermainkan nas-nas syariat, melakukan interpretasi yang salah terhadapnya, menundukkan kesimpulan hukum pada akal fikiran, serta membina semula atau merekonstruksinya agar sesuai dengan berbagai pemikiran dan cita-rasa Barat.

Masalah ini menjadi semakin berbahaya dengan berkembangnya wacana Islam Liberal di tengah mereka. Setiap individu dengan sangat mudah dapat menyatakan hukum ini dan itu adalah tidak bertentangan dengan Islam, pemikiran ini dan itu adalah bersumber dari Islam. Pada akhirnya, mereka tidak terpanggil untuk menggali lebih jauh tsaqâfah Islam dan menjadi pembela nilai-nilainya dengan teguh. Jadi, menurut mereka, setiap orang berhak menyatakan pemahamannya (pemikiran Liberalisme) atas nilai-nilai Islam.

Jika masyarakat Islam mengikut ideologi Liberalisme jelas sama sekali mereka tidak menjunjung Islam, malah sebaliknya. Islam diturunkan sama sekali bukan sebagai pengikut, sebab ia berasal dari Allah S.W.T, Pencipta langit dan bumi. Islam seharusnya hanya melalui Allah S.W.T dan Rasulullah S.A.W sahaja.Kemajuan sesuatu negara sebenarnya bukanlah bergantung kepada keterbukaannya dari segala aspek.Ketegasan dalam aspek aspek tertentu seperti agama perlu bagi menanam dan menjadikan negara lebih dihormati berdasarkan agama yang dianuti.

Dalam Utusan Malaysia, 21 Mei 2005 Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Abdullah Md. Zin mengingatkan umat Islam di Malaysia supaya tidak terpengaruh dengan fahaman Islam liberal kerana ia bertentangan dengan akidah dan syariat Islam. Katanya, ini boleh dilihat melalui prinsip fahaman ini yang melihat sesuatu perkara dalam kehidupan mengikut penerimaan masyarakat semasa, mengutamakan rasional pemikiran semata-mata dan menganggap semua agama adalah sama. ”Dan paling bahaya sekali ajaran ini turut disebarkan melalui serangan pemikiran yang dibuat secara halus. Malah, pengikut fahaman ini telah mewujudkan sebuah badan yang dikenali sebagai Jaringan Islam Liberal yang bertujuan untuk menyebarkan seluas-luasnya fahaman ini di samping mewujudkan rangkaian ke negara-negara lain.” Bagaimanapun katanya, Malaysia yang jelas termaktub Islam sebagai agama rasminya tetap akan menghalang perkembangan ini walau melalui apa cara sekali pun. "Kita akan menggunakan segala saluran secara bersepadu dan terancang bermula dari pendidikan hinggalah ke penguatkuasaan undang-undang bagi memelihara akidah umat Islam di negara ini," tambahnya.Merupakan sebahagian daripada idea demokrasi, Islam Liberal bermaksud menggambarkan prinsip-prinsip asasnya, iaitu menekankan kebebasan individu dan kebebasan struktur sosio-politik. Dikenali juga sebagai penafsiran semula Islam atau Islam Progresif. Merupakan satu ajaran yang didasarkan oleh beberapa orang Muslim yang cuba menafsirkan semula Al-Qur'an dan As-Sunnah dari sudut pandangan peribadi tanpa merujuk kepada sumber tradisional seperti mana yang diperakui oleh jumhur ulama' ahli Sunnah wal Jamaah.

Pada abad 20 yang lalu, gagasan pemikiran Modenisme Islam telah digerakkan oleh beberapa tokoh ilmuan dan cendikiawan Muslim ternama seperti as-Syaikh Jamaluddin al- Afghani, as-Syaikh Muhammad ' Abduh, Sayyid Ameer Ali, Syed Ahmad Khan, dan lain-lain. Meskipun niat para reformis itu untuk menjadikan umat Islam maju dalam bidang sains dan teknologi, namun kesan-kesan Modenisme yang berakar dari falsafah Barat telah menyebabkan timbulnya kesan-kesan negatif dalam pemikiran Islam. Saat ini Umat Islam sedang berhadapan dengan gejala pemikiran Islam liberal.

Pada hakikatnya ia adalah kesinambungan dari pemikiran Modenisme. Bagaimanapun, wajah pemikiran Islam liberal yang sedang dikembangkan pada masa kini nampaknya lebih radikal dari pemikiran Modenisme Islam. Justeru, idea-idea kontroversi dalam perkara-perkara asas Islam sengaja dilontarkan ke khalayak masyarakat Islam.
Menurut al-Qardawi dalam Sekular Ekstrim halaman 17, beliau mengakui teori kebebasan agama yang dianut oleh Sekularisme. Iaitu salah satu cabang liberalisme. Meskipun takrif kebebasan agama itu bagi baliau tidak disetujui sepenuhnya oleh Islam. Beliau berkata : “Sekularisme liberal tidak melarang umat manusia untuk beriman kepada Allah, Rasul-Nya dan Hari Akhir. Kerana Sekularisme jenis ini mempunyai prinsip mengakui kebebasan beragama setiap manusia. Ini adalah haknya yang telah diakui oleh Piagam Antarabangsa dan telah diaplikasikan dalam undang-undang baru. Ini paling tidak dari segi teori. Tetapi di ‘negeri Islam’, Islam terbatas untuk tidak mendapat kepuasan dalam akidah untuk diyakini semata-mata..”

Al-Attas dalam prolegomena halaman 21 hingga 22 mengatakan kalaupun ada persamaan yang terdekat yang terdapat dalam Islam mengenai konsep secular, maka hal itu adalah seperti yang diambil pengertiannya dari konsep al-Quran tentang al hayat al dunya (kehidupan duniawi). Al-Quran bagaimanapun hanya memberi peringatan mengenai tabiat kehidupan dunia yang melalaikan dan bersifat sementara. Peringatan yang ditekankan dalam konsep “kehidupan duniawi” itu adalah pada kehidupan di dalamnya, dan bukan pada dunia itu sendiri yang mana dunia dan alam tabi’e tidaklah direndahkan sebagaimana dibayangkan dalam konsep sekular. Itulah sebabnya mengapa al-Attas mengatakan bahawa “kehidupan duniawi merupakan persamaan yang terdekat dengan konsep secular, dan sebab yang lain juga adalah kerana pada hakikatnya memang tidak ada persamaan konsep yang sebenarnya dalam pandangan alam Islam yang terkandung dalam al-Quran.

Al-Qardawi lebih menumpukan kepada Sekularisme sebagai penentang agama Islam terutama dalam melaksanakan undang-undang Islam. Beliau turut juga menyuarakan bahawa Sekularisme bertentangan dengan akidah Islam, namun beliau lebih banyak menghuraikan isu-isu syariah terutamanya mengenai pelaksanaan syariah di negeri-negeri Muslim yang ditentang oleh Sekularisme sebagai sebuah ideologi. Walaupun begitu, menurut al-Qardawi, Sekularisme akan gagal di negeri Islam yang semestinya tidak begitu menurut al-Attas, terutamanya apabila orang-orang Islam sendiri sudah menerima cara berfikir barat. Majlis Ulama Islam Indonesia (MUI) dalam fatwanya pada Julai 2005 telah memutuskan bahawa faham Sekularisme, Liberalisme dan Modenisme adalah haram di sisi Islam.

APLIKASI LIBERALISME

Pengaruh Islam Liberal di Indonesia Liberalisme dan epistemologi Islam
Istilah Islam Liberal ini muncul sekitar tahun 1950an tetapi mula berkembang terutamanya di Indonesia sekitar tahun 1980an dengan dipelipori oleh pemimpin utama sebuah pertubuhan yang dikenali dengan Jaringan Islam Liberal (JIL) iaitu Prof Dr Nurcholis Majid lepasan Universiti Chicago.Walaupun beliau mengakui tidak pernah menggunakan istilah itu, tetapi dia tidak menentang fahaman Islam Liberal. Dalam rangka ulang tahun JIL yang ke-6, Dr. Luthfi Assyaukanie, pendiri JIL menulis artikel bertema "Dua Abad Islam Liberal" di kolom Bentara Kompas, 2/3/07. Dalam tulisannya, Luthfi sangat memuji fahaman liberalisme yang memberinya beberapa justifikasi dalam Islam.

Bahkan dengan merujuk kepada pemikiran Albert Hourani, Luthfi menyatakan yang kedatangan Napoleon Bonaparte untuk menjajah Mesir (1798) sebagai awal era liberal bagi bangsa Arab dan kaum Islam. Era liberal baginya adalah awal era kebangkitan kesedaran kaum muslim, di mana umat Islam bebas memikirkan kesedaran budaya dan peradaban mereka. Sehingga sejak 1798, Islam liberal genap berusia 209 tahun.
Kebebasan menurut Luthfi adalah faktor utama kemajuan bangsa. Hilangnya kebebasan bererti hilangnya kebangkitan sebuah bangsa. Kebebasan berfikir sebagai perluasan erti kata liberal, kemudian disetarakan dengan konsep ijtihad dalam Islam.
"Kesaksamaan Epistemologi" merujuk apa yang telah didefinisikan di atas, sebenarnya pemakaian istilah "Islam Liberal" sangat saksama, bahkan cenderung kontradiktif baik dari sisi etimologi, terminologi maupun epistemologi.

Dari sisi etimologi tidak satupun kata "Islam" berkonotasi pada makna kebebasan seperti yang dijelaskan pada makna kata "Liberal". Sebab kebebasan dalam Islam sentiasa merujuk pada kata "ikhtiyar", yaitu kebebasan memilih yang berakar pada kata "khair" (baik). Dengan demikian, kebebasan dalam Islam hanya terbatas pada hal-hal yang bersifat baik, sehingga seorang Muslim tidak dibebaskan untuk berbuat yang tidak baik. Sedangkan istilah "Islam Liberal", seperti yang dipaparkan oleh DR. Ugi Suharto dalam situs mufti selangor, pertama kali digunakan oleh para penulis Barat seperti Leonard Binder dan Charles Kurzman. Binder menggunakan istilah 'Islamic Liberalism', sementara Kurzman memakai istilah 'Liberal Islam'.

Secara tersirat keduanya mempercayai bahwa Islam itu banyak; 'Islam Liberal' adalah salah satunya. Jadi istilah 'Islam Liberal' yang dimaksudkan disini adalah "Pemikiran Islam Liberal" yang merupakan satu aliran berfikir baru di kalangan umat Islam. Dalam konteks Indonesia sebuah artikal yang ditulis oleh Greg Barton pada tahun 1995 tentang munculnya pemikiran liberal di kalangan pemikir Indonesia. Artikal yang aslinya bertajuk: "The Emergence of Neo-Modernism: A Progressive, Liberal Movement of Islamic Thought" diterbitkan dalam edisi Indonesia atas kerjasama Paramadina, Yayasan Adikarya Ikapi, dan Ford Foundation pada tahun 1999.
Sebenarnya, analisis Luthfi tentang Islam Liberal lebih cenderung menyamakan masalah Barat terhadap agama mereka lalu mengadaptasikanya kepada Islam. Penggantian makna liberal dengan maksud yang sangat positif, seperti yang terjadi dalam perkembangan makna istilah ini di Barat, juga dilakukan Luthfi dengan menyamakannya dengan konsep ijtihad. Padahal prinsip ijtihad dalam Islam bertentangan dengan fahaman liberal. Sebab kebebasan berijtihad adalah berdasarkan pada beberapa kaedah dan prasyarat yang telah disepakati oleh kaum Muslimin, seperti kaedah "la ijtihada fi l-qath'iyyat" (tidak ada ijtihad dalam masalah yang bersifat pasti), lebih-lebih lagi dalam pokok-pokok permasalahan ibadah dan akidah.Sejarah Islam Liberal, adalah bukti bahwa aliran ini tidak memiliki akar dalam sejarah Islam. Ahmad Sahal, seperti yang dirujuk oleh Dawan Rahardjo, menyatakan pemikiran Islam liberal dimulai sejak Umar bin Khattab, yang sering berbeza pendapat dengan Rasulullah mengenai masalah-masalah dunia. Jika bukti Sahal ini benar, maka usia Islam liberal bukan 2 abad, tetapi seusia dengan agama Islam itu sendiri, iaitu 15 abad.

Pemikiran Islam liberal sebenarnya berakar dari pengaruh pandangan hidup Barat dan hasil perpaduan antara fahaman Modenisme yang menafsirkan Islam sesuai dengan pemodenan; dan fahaman Modenisme yang anti kepada ketinggalan. Usaha merombak segala yang sudah sempurna dalam Islam kerap dilakukan, seperti pengubahsuaian keatas definisi Islam sehingga seorang non Muslim pun boleh dikatakan sebagai seorang Muslim, perubahan penafsiran Al-Qur'an, homoseksual dan sebagainya.Islam liberal sering memanfaatkan modal murah dari Radikalisme yang terjadi di kalangan sebagian kecil kaum Muslimin, dan tanpa sikap mengambil berat dan perasaan malu mengambil hasil kajian orientalis, metodologi kajian agama lain, ajaran HAM versi Humanisme Barat, falsafah Sekularisme, dan fahaman-fahaman lain yang berlawanan dengan Islam.

Dengan mengamati keadaan sekarang, maka dapat disimpulkan bahwa pemikiran Islam liberal adalah pemikiran liberal yang ditujukan kepada agama Islam. Oleh karena itu ia banyak membawa masalah yang serius apabila Islam Liberal dikategorikan sebagai salah satu bahagian pemikiran atau madzhab Islam. Dengan demikian adanya Liberalisme dalam Islam, ia memperkuatkan hipotesis Ibnu Khaldun (1332-1406M) bahawa bangsa yang kecundang gemar meniru bangsa yang lebih kuat, baik dalam slogan, cara berpakaian, cara beragama, gaya hidup serta adat -istiadatnya.
(http:// www.nabble.com/liberalisme-dalam -espistemologi-islam-t3486399.html)

PENGARUH ISLAM LIBERAL DI MALAYSIA

Fenomena pemikiran Islam liberal dan implikasinya kepada kedudukan Islam dan penganutnya di Malaysia
Pengaruh ideologi ini telah menular dalam banyak aspek di Malaysia. Antaranya ialah dari aspek politik, sosial masyarakat, ekonomi, dan undang-undang. Kebebasan cara berfikir merupakan aspek utama yang perlu diberikan penekanan. Kebebasan berfikir akan memaparkan keterbukaan pemikiran masyarakat Islam tanpa mengambil kira hukum- hukum atau syariat Islam yang telah dilandaskan.

Wujudnya kemungkinan ideologi Liberalisasi ini lebih memihak kepada kesan negatif namun terdapat juga kesan positif yang dapat dilihat seperti Liberalisasi dalam bidang ilmu. Keterbukaan dalam mencari ilmu bakal membawa kecemerlangan kepada masyarakat Islam. Keterbukaan dalam mencari ilmu mampu membantu masyarakat Islam dalam menangani penindasan kaum lain kepada masyarakat Islam.

Penguasaan pendidikan ditekankan dalam Islam Hadhari pada prinsip keempat. Penguasaan ilmu dikatakan akan membuka peluang kepada masyarakat Islam khususnya untuk bersaing dalam pelbagai bidang tanpa meninggalkan amalan Islam. Pendididkan J-Qaf diperkenalkan diperingkat rendah lagi bagi menanam sikap cintakan agama selain sebagai pembelajaran tambahan kepada pelajar-pelajar kini (Prinsip Ke Empat, Penguasaan Ilmu Pengetahuan Prof. Dr. Sidek Baba Panel Pemikir Islam Hadhari).

Perlakuan atau keterbukaan muda-mudi Islam kini boleh dilihat dari segi berpakaian, sikap atau perlakuan, pergaulan, aktiviti yang dilakukan dan sebagainya. Contohnya cara pemakaian Umat Islam sekarang banyak dipengaruhi oleh Barat. Cara halus yang digunakan oleh kaum bukan Islam bagi menyesatkan perilaku masyarakat kini terutama Umat Islam.

Dalam konteks Malaysia pula, Islam telah dinyatakan dalam perlembagaan sebagai agama rasmi negara. Di satu segi hal ini merupakan perlindungan undang-undang kepada Islam itu sendiri. Namun perlu diingat bahawa proses globalisasi yang sedang berjalan lambat atau cepat akan mengubah juga undang-undang setiap negara. Apabila kubu pertahanan ini tumbang, sementara bilangan penduduk kaum Muslimin di Malaysia bukanlah majoriti, maka sudah pasti kedudukan Islam akan tergugat di Malaysia.

PEMIKIRAN MENGENAI AL-QUR'AN
Antara idea kontroversi Islam liberal yang sedang hangat dibicarakan ialah mengenai kemutlakan Al-Qur'an sebagai wahyu Ilahi. Nasr Hamid Abu Zayd, seorang penulis Mesir, telah menghasilkan dua buah karya kontroversi. Pertama, Mafhum al-Nass (Penalaran Teks), kedua: Naqd al-Khitab al-Dini (Dekontruksi Wacana Keagamaan).
Kedua-dua karya tersebut, menurut Abu Zaid adalah untuk membuktikan bahawa gagasan-gagasan ilmu hermeneutiknya (disiplin yang diambil dari tradisi keserjanaan Barat tentang ilmu kritikan Injil) yang dianggapnya dapat dijustifikasikan kerana ia adalah satu kepercayaan logik.Dr. Anas Malik Taha, ilmuan di Jabatan Usuluddin dan Perbandingan Agama, UIAM, telah mengkaji secara mendalam pandangan itu. Bagi Dr. Anas, Mafhum al-Nass (Penalaran Teks) adalah untuk membuktikan bahawa ianya bukan kerana berlaku pertentangan antara Islam dengan ideologi-ideologi luar, tetapi ia adalah hasil yang terbit dari akar umbi Islam itu sendiri. (Anas Taha Malik, Ogos, 2004, ms. 29).

Selain itu, Dr. Anas turut menyoroti karya keduanya Naqd al-Khitab al-Dini (Dekonstruksi Wacana Keagamaan). Dalam karya ini, Abu Zaid berhujah bahawa kebangkitan Islam yang disebut-sebut selama ini telah menghasilkan golongan yang membaca teks agama secara kaku dan literal (harfiyyah), bahkan sampai pada tahap pentakdisan, pensakralan serta pengingkaran terhadap tabi'at manusia dan sejarahnya. (Anas Taha Malik, Ogos, 2004, ms. 29).Jadi, adalah jelas bahawa acuan pemikiran Nasr Hamid Abu Zayd tidak mengakui apa pun selain dari "akal" (rasionalsime) dalam memahami teks agama. Lalu Nasr Hamid Abu Zayd mengagungkan Sekularisme dengan mengungkapkan frasa berikut: "la sultana 'ala al-'aql ill al'aql" (tidak ada autorti terhadap akal kecuali akal sendiri). (Anas Taha Malik, Ogos, 2004, ms. 32).

Selanjutnya, karya Mafhum al-Nas (Penalaran Teks) juga adalah manifestasi keghairahan Nasr Hamid Abu Zayd terhadap kepentingan akal dalam memahami teks Al-Qur'an. Seorang pengkaji dari Indonesia yang cenderung dengan pemikiran Nasr Hamid Abu Zayd telah menyatakan bahawa karya tersebut adalah respons intelektualnya terhadap tafsiran pragmatis dan ideologis atas Al-Qur'an setelah beliau meneliti cara gaya pemikiran Mu'tazilah. Dia percaya bahawa dengan mendefinisikan "hakikat objektif" teks, tafsiran ideologi dapat dilakukan semaksima mungkin. (Moch. Nur Ichwan, 2003, ms.20).Salah satu dakwaan yang telah dilontarkan oleh Nasr Hamid Abu Zayd bahawa pandangan-pandangannya tentang Al-Qur'an berdasarkan pada pemikiran 'ulama di masa lalu. Nasr Hamid Abu Zayd mendakwa bahawa beliau telah banyak merujuk kepada pemikiran Mu'tazilah.

Dalam melakukan kajian terhadap Al-Qur'an, selain dari rujukan Mu'tazilah, Nasr Hamid Abu Zayd gemar menggunakan pendekatan hermeneutik Barat. Persoalannya di sini, apakah pendekatan hermeneutik boleh digunakan terhadap Al-Qur'an? Dalam konteks Bible, sememangnya ia tidak bermasalah.Ini ialah kerana Bible sememangnya dikarang oleh ramai pengarang. Sesungguhnya, Nasr Hamid Abu Zayd dalam idea-idea liberalnya begitu sekali terpengaruh dengan teori hermenuetik Friedrich Schlieimacher (1769-1834).Dalam Mafhum al-Nass (Penalaran Teks), Nasr Hamid Abu Zayd berhujah bahawa Junjungan Muhammad S.A.W, sebagai penerima pertama wahyu dan sekaligus penyampai teks adalah sebahagian dari realiti masyarakat setempat di Kota Makkah.Jadi, memperkatakan Junjungan Muhammad S.A.W sebagai seorang penerima wahyu tidak bermakna membicara sebagai seorang penerima pasif. Junjungan Muhammad S.A.W adalah terikat kepada faktor sosio-budaya dan sejarah masyarakatnya. (Adian Husaini dan Henri Salehudin, Ogos, 2004, ms. 33-34).

Konsep wahyu di sisi Nasr Hamid Abu Zayd seperti yang tercatat dalam karya "Nasr Hamid Au Zaid: Kritik Teks Keagamaan" (2003:70), beliau mendakwa bahawa perkataan-perkataan yang terdapat dalam Al-Qur'an bukanlah teks yang turun dari langit dalam bentuk kata-kata sebenar seperti yang masih dipegang kukuh oleh 'ulama tradisonal. Nasr Hamid Abu Zayd, sebaliknya mendakwa bahawa perkataan-perkataan yang terdapat dalam Al-Qur'an itu adalah merupakan semacam "spirit wahyu" Al-Qur'an yang telah disaring melalui Muhammad dan sekaligus dieksperisikan dalam pengucapan intelek dan kemampuan linguistiknya.Dengan takrif wahyu yang berbeza dengan takrif konvensional para ilmuan Muslim yang muktabar, jelaslah di sini bahawa Nasr Hamid Abu Zayd telah meletakkan Junjungan Muhammad S.A.W sebagai seorang "pengarang" al-Qur'an. Walaupun Junjungan Muhammad S.A.W adalah seorang nabi yang 'ummi, tetapi Baginda dikatakan turut mengolah redaksi Al-Qur'an sesuai dengan keadaannya sebagai manusia biasa. (Adian Husaini dan Henri Salehudin, Ogos, 2004, ms. 34).

Di sini jelas sekali bahawa Nasr Hamid Abu Zayd ingin menyamakan teks Al-Qur'an dengan teks Bible yang selama ini diyakini oleh para sarjana Bible dengan satu tanggapan: "The whole Bible is given by inspiration of God".
Pendekatan Nasr Hamid Abu Zayd sebenarnya adalah lanjutan dari tradisi orientalis Barat generasi awal seperti Arthur Jeffrey, Montgomery Watt, Richard Burton, Joseph Shact dan lain-lain lagi. Itulah sebabnya, para penganut konsep al-Qur'an versi Nasr Hamid Abu Zayd biasanya tidak mahu menyebut "Allah berfirman dalam al-Qur'an". Ini ialah kerana mereka beranggapan bahawa al-Qur'an adalah kata-kata Junjungan Muhammad S.A.W atau Al-Qur'an adalah karya bersama antara Muhammad dengan Tuhannya.
Dengan melepaskan Al-Qur'an sebagai kalam suci Ilahi yang ditanzilkan, Nasr Hamid Abu Zayd ingin menegaskan bahawa teks apapun termasuklah Al-Qur'an adalah produk budaya manusia (Inna al-nass fi haqiqatihi wa jawarihihi muntaj al-thaqafi). (Adian Husain dan Henri Salehudin, Ogos, 2004, ms. 34-35).

Nasr Hamid Abu Zayd juga telah mengkritik kaedah pentafsiran Al-Qur'an Ahlu Sunnah wa al-Jama'ah dengan membuat beberapa kesimpulan, antaranya yang pertama, tafsir yang benar menurut Ahlu Sunnah, dulu dan sekarang, adalah tafsir yang didasarkan pada autoriti 'ulama terdahulu. Kedua kekeliruan yang mendasar pada sikap Ahlu Sunnah, dahulu dan sekarang, ialah kerana usaha mereka mengaitkan "makna teks" dan dalalahnya dengan masa kenabian, risalah, dan turunnya wahyu.Menurut, Abu Zaid, ini bukan sahaja kesalahan pemahaman, tetapi juga merupakan ekspresi sikap ideologi terhadap realiti - suatu sikap yang bersifat keterbelakangan, anti kemajuan dan anti progresif. Justeru, kaum Ahlu Sunnah menyusun sumber-sumber utama penafsiran Al-Qur'an pada empat hal, penjelasan Rasulullah S.A.W, sahabat, tabi'in, dan terakhir tafsir bahasa.(Adian Husaini dan Henry Salehudin, Ogos, 2004, ms. 35-36).

Selain itu persoalan bahasa juga disinggung oleh Nasr Hamid Abu Zayd. Belaiu telah mempersoalkan penggunaan bahasa 'Arab di dalam al-Qur'an yang didakwanya telah mencemari kesakralan wahyu itu sendiri. Sebab menurut Nasr Hamid Abu Zayd bahasa 'Arab yang digunakan dalam Al-Qur'an ini bukanlah diturunkan di tempat yang "kosong".
Bahkan, menurutnya, bahasa 'Arab kala itu sudah memilki struktur dan sistem yang tidak dapat dibebaskan dari struktur dan sistem masyarakat Penerapan teori-teori tadi telah menyebabkan Abu Zaid berpendapat bahawa Al-Qur'an sebagai textus receptus, iaitu teks manusiawi kendatipun ia mempunyai asal - muasal Ilahiah. Dengan lain perkataan, lontaran pendapatnya yang paling keras ialah bahawa Al-Qur'an itu adalah sebuah produk kultural kerana ia menggunakan bahasa kultural iaitu bahasa Arab. (Moch. Nur Ichwan, 2003, ms.2).


RESPONS TERHADAP PEMIKIRAN ISLAM LIBERAL


Idea-idea provokatif liberal Islam sememangnya dapat disanggah dengan menggunakan manhaj pemikiran Islami yang muktabar. Bagaimanapun, respons kita sebagai seorang Muslim tidak cukup dengan emosi sahaja. Kita perlu membahaskannya secara terbuka dan objektif kerana faktor suasana yang semakin mencabar pada masa kini.
Barangkali antara pendekatan yang terbaik ialah dengan kembali mengkaji metodologi Imam al-Ghazali (r.h). Seperti yang telah terbukti bahawa Imam al-Ghazali telah telah mendapat tentangan hebat dari ahli-ahli falsafat di zamannya. Walau bagaimanapun, Imam al-Ghazali (r.h) telah berjaya menggunakan pendekatan ilmiah bagi menangkis pemikiran Rasionalisme yang begitu kuat pengaruhnya pada zaman itu.
Dalam konteks al-Qur'an sebagai sebuah Kitab Suci bagi umat Muhammad S.A.W Profesor Dr. M. M. Al-Azami, seorang ilmuan Muslim di Univeriti Ummul Qura, Mekah, telah menghasilkan sebuah karya yang sungguh tinggi nilai kesarjanaanya. Karya tersebut memang layak dinobatkan antara tulisan yang terbaik pada abad ini bagi menyanggah pemikiran kontroversi Islam liberal.

Dalam kata pengantar Penerbit Pustaka Gema Insani, Jakarta, Indonesia, dinukilkan kata-kata berikut: "Dengan buku ini Profesor 'Azami menempatkan dirinya di bahagian hadapan sebagai ulama terkemuka pembela kemurnian Al-Qur'an di tengah-tengah usaha yang bersungguh-sungguh kaum orientalis menggempur Al-Qur'an. Profesor 'Azami membuktikan bahawa al-Qur'an adalah Kalamullah, mukjizat abadi hingga akhir zaman." (M. M. Azami, Sejarah Teks al-Qur'an Dari Wahyu sampai Kompilasi, Jakarta, 2005).
Semantara Profesor Mohd. Kamal Hassan, mantan Rektor UIAM, dalam kata pengantar mengenai buku ini, turut mengaprisiasikan karya Profesor 'Azami dengan kata-kata berikut: "..Karya ini sangat penting untuk disemak apalagi dalam cuaca akademis pasca pemerintahan Soeharto yang banyak diwarnai polirisasi pemikiran yang begitu beragama yang, kadang-kadang, cenderung destruktif terhadap kesucian ajaran Islam." (M. M. 'Azami, Sejarah Teks al-Qur'an: Jakarta, 2005, ms. xxiii).Gagasan Islam liberal nampaknya terjebak dengan filsafat Barat dari segi roh dan kaedahnya yang hanya bertuhankan kepada akal (Rasionalisme) semata-mata. Atas nama objektiviti dan saintifik, golongan Islam liberal terpengaruh dengan metodologi Barat dan mahu meruntuhkan metodologi keilmuan Islam yang telah diterima pakai sejak ribuan tahun lalu. Adalah suatu yang jelas kepada kita bahawa metodologi keilmuan Islam masih terus utuh kerana ia bertunjangkan Al-Qur'an dan Al-Sunnah, dua sumber epistemologi yang dapat menghadapi tentangan zaman.

Para ilmuan Muslim dalam semua bidang pengetahuan agama ('ulum naqliyyah) dan ('ulum aqliyyah) telah dapat mengembangkan ilmu-ilmu Islam seperti ilmu fiqh dan usul fiqh pada tahap keilmiahan yang tinggi. Keupayaan mereka menghadapi persoalan-persoalan baru yang timbul dalam masyarakat Islam pada zaman silam sehingga ke hari ini adalah kerana mereka dapat memahami dengan jelas dan tepat apa yang diistilahkan sebagai prinsip thabit (perkara yang tetap) dengan mutaghayyir (perkara yang berubah-berubah) dalam sumber-sumber Islam seperti Al-Qur'an, As-Sunnah dan Syari'ah.
Idea-idea Islam liberal yang kononnya berpaut kepada hujah-hujah Al-Qur'an dan As-Sunnah, sebenarnya telah menyimpang dari tafsiran-tafsiran konvensional 'ulama salaf dan khalaf yang muktabar. Dalam hubungan ini, Profesor al-Qaradawi mengingatkan kita supaya berusaha sedaya mungkin untuk menguasai manhaj ilmu-ilmu Islam secara komprehensif sebelum membuat satu-satu rumusan pemikiran baru.
Jadi, Umat Islam mesti bersikap kritis dan objektif apabila membicarakan pemikiran Islam liberal. Ini ialah kerana pemikiran-pemikiran nadir seumpama itu memang sentiasa ada pada setiap zaman. Fenomena sedemikian itu sudah pun diperingatkan oleh Junjungan Muhammad S.A.W bahawa umatnya akan terpecah kepada 73 kelompok, hanya sanya satu sahaja yang dapat dikategorikan sebagai golongan yang benar.

IMPLIKASI-IMPLIKASI TERHADAP KEDUDUKAN DAN PENGANUT-PENGANUT ISLAM DI MALAYSIA

Apakah implikasi-implikasi idea Islam liberal terhadap kedudukan Islam dalam konteks negara Malaysia dan sekaligus ancamannya terhadap masa hadapan keberagamaan umat? Bagi menjawab pertanyaan tersebut, di sini dipaparkan beberapa senario yang sedang hangat dibicarakan oleh pelbagai pihak.

Isu Artikel 121(lA)

Peristiwa kematian Muhammad Abdullah Murthy, seorang pengembara Gunung Everest, punya hikmah yang tersendiri kepada Islam dan umatnya di negara ini. Protes besaran-besaran masyarakat bukan Islam yang berpengaruh di Malaysia beserta dengan kelompok Muslim liberal adalah membuktikan dengan jelas di hadapan kita bahawa gerakan untuk memencilkan semula martabat Mahkamah Syari'ah di Malaysia sedang hebat menyemarak. Mereka mahu menobatkan semula Mahkamah Sivil warisan penjajahan Inggeris di dalam sistem perundangan negara. Dakwaan mereka ialah berlakunya penafian hak diadili bagi orang-orang bukan Islam dalam kes-kes yang telah melibatkan pertukaran agama "masuk Islam". Kes ini telah dibesar-besarkan pada khalayak antara bangsa bahawa Mahkamah Syariah telah campur tangan urusan hidup orang-orang bukan Islam lalu mendiskriminasikan mereka. Tanpa asas yang kukuh perkara 121 (1 A) telah dipersalahkan. (Demi Masa, ABIM, 15 Mei 2006, ms.4).Apa yang lebih menyedihkan lagi, ada pula beberapa orang Menteri Kabinet Islam yang membuat kenyataan mengguris hati sanubari masyarakat Islam. Dato' Sri Mohd. Nazri Abdul Aziz, Menteri Di Jabatan Perdana telah membuat kenyataan di akhbar-akhbar tempatan pada 16hb. Januari, 2006, dengan kenyataan seperti berikut: "Jika kita membiarkan Mahkamah Syari'ah yang memutuskan isu ini (pertukaran agama), keadilan mungkin tidak terlaksana kerana ia menyebelahi pihak Islam". (Demi Masa, ABIM, 15 Mei, 2006, ms. 5).

Meskipun Dato' Sri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia, telah dapat meredakan ketegangan isu sensitif tersebut terutama setelah sembilan orang Menteri Bukan Islam turut menyampaikan bantahan rasmi kepadanya, pengumuman Perdana Menteri di Parlimen Malaysia telah melegakan masyarakat Islam. Katanya Kerajaan Malaysia tidak akan meminda Artikel 121 (IA). Walau bagaimanapun, kelompok Islam liberal masih terus membuat road show di beberapa buah bandar raya di negara ini untuk meneruskan usaha berlakunya pindaan.Baru-baru ini, Kumpulan Artikel 11, telah berhadapan dengan bantahan besar-besaran dari Badan Anti IFC (gabungan NGO-NGO Islam di Pulau Pinang) setelah mereka mengadakan seminar tertutup di Cititel Hotel, George Town, Pulau Pinang. Badan Anti IFC tidak berpuas hati kerana mereka dihalang tidak boleh menyertai seminar tertutup itu.

Akhirnya 500 orang para pengikut Badan Anti IFC telah menyebabkan pihak keselamatan mengarahkan supaya Kumpulan Artikel 11 membatalkan program tersebut. Kita sememangnya bersetuju dengan kenyataan YAB Perdana Menteri Malaysia bahawa isu-isu antara kaum yang berlainan agama hendaklah ditangani dengan adil dan hati-hati.
Bagaimanapun, pandangan Wong Chun Wai, Ketua Pengarang akhbar The Star supaya isu-isu seperti perkahwinan, cerai, penjagaan anak dan upacara pengkebumian diputuskan oleh pimpinan agama-agama di Malaysia adalah jelas menunjukkan bahawa golongan bukan Islam tidak mahu menerima hakikat otoriti Mahkamah Syari'ah sebagai pemutus muktamad dalam semua subjek Islam di dalam negara ini.Pimpinan bukan Islam sekali lagi ghairah menggunakan logik yang salah apabila berbicara tentang otoriti agama Islam di Malaysia. Dalam hal ini, mereka sering menuduh otoriti agama Islam di Malaysia bersikap "holier-than-thou" (anda lebih suci daripada orang lain) serta mempunyai fikiran sempit dari segi pendekatan agama agama seperti tidak mahu menerima pandangan dari lain-lain agama. Sikap yang sedemikian kononnya adalah satu rintangan kepada usaha reformasi isu-isu agama di negara ini. (Sunday Star, 22 Mei, 2006, ms. 31).

Golongan bukan Islam dan Muslim liberal juga tidak berpuas hati dengan isu pertukaran agama dari segi undang-undang. Hal ini dapat dilihat dari kes Mahkamah Tinggi Persekutuan yang telah tidak membenarkan Aishah Begum Nahurghani yang telah membuat afidavit untuk keluar dari agama Islam pada 17hb. Januari, 2006. Hakim Datuk Md Raus Shariff telah membenarkan permohonan JAWI untuk menolak permohonan tersebut. Peguam Gobind Singh Deo yang telah mewakili Nanthini (nama Hindu Aishah) berhujah dengan pandangannya yang menyebut bahawa, "Mahkamah Syari'ah adalah lebih rendah dari Mahkmah Tinggi Perseketuan, Sabah dan Sarawak seperti yang telah diperuntukkan dalam perlembagaan." (New Straits Times, 18 Januari, 20056, ms.17).Dari dua insiden di atas, kita dapat memahami bagaimana perjuangan para 'ulama, ilmuan, ahli-ahli perundangan, NGO-NGO Islam dan lain sejak kemerdekaan negara pada tahun 1957 untuk menaikkan taraf Mahkamah Syari'ah mahu digugat semula.
Penubuhan lFC

Satu lagi usaha untuk mensirnakan kedaulatan Islam di negara ini ialah gagasan masyarakat bukan Islam untuk menubuhkan Inter Faith Council (IFC) atau Majlis Antara Agama-Agama. Antara badan bukan Islam yang menggerakkannya ialah (MCCBCHS) atau (Majlis Kristian Buddha Hindu Dan Sikh Malaysia) melalui memorandum yang telah dihantar ke Majlis Peguam Malaysia pada 21 Ogos, 2001.Tujuan utama IFC ialah untuk menjadi sebuah suruhanjaya yang berkuasa menerima dan melayan aduan berkaitan agama yang boleh dibuat oleh pelbagai pihak. Sebagai sebuah badan berkanun ia mempunyai kuasa undang-undang bagi mengubah ajaran mana-mana agama (terutama sekali Islam), walaupun atas desakan penganut agama lain. IFC berfungsi seperti sebuah mahkamah dan segala keputusannya adalah muktamad. Mahkamah Sivil boleh digunakan sebagai saluran pelaksanaannya.

Misalnya, Majlis Agama Islam boleh diperintah oleh Mahkmah Sivil bagi meluluskan perkahwinan gadis Islam yang hendak murtad, atas aduan yang dibuat oleh teman lelakinya yang bukan Islam, supaya mereka boleh berkahwin, tanpa yang bukan Islam itu memasuki Islam. (Harakah, 1-15 Jun, 2006, ms. 10).Jawatankuasa Kecil Hak Asasi Manusia, Majlis Peguam Malaysia, begitu kuat berfungsi untuk menarik seramai mungkin NGO-NGO Islam menyertainya. Alhamdulillah kecuali Sisters in Islam, semua NGO-NGO Islam, termasuk pergerakan Just World Movement, telah menarik diri menyertai IFC.Memorandum IFC yang telah didraf semasa persidangan yang telah dianjurkan oleh sebuah pertubuhan Kristian Antarabangsa yang terkenal bernama Korad Adenuer Foundation (KAF) pada pertengahan tahun 2005. Tuntutan 11 perkara IFC melibatkan secara langsung perkara pokok dalam ajaran Islam iaitu 'aqidah dan syari'ah.Adalah jelas bahawa gagasan IFC adalah bertujuan untuk mendapat kuasa campur tangan secara langsung dalam urusan rumah tangga agama Islam. Selain itu IFC juga memaksa supaya undang-undang atau norma-norma antarabangsa diguna pakai dalam sebuah negara yang majoriti penduduknya beragama Islam tidak lagi tunduk kepada mahkamah syari'ah dan mahkamah sivil.

Isu Murtad

Para pendukung Islam liberal nampaknya telah kehilangan 'izzat sebagai seorang Muslim. Di kalangan mereka yang terdiri dari peguam-peguam dan ahli-ahli akademik tidak merasa gementar dengan fenomena mutakhir peningkatan jumlah orang-orang Islam yang telah menjadi murtad. Oleh kerana mereka menerima bulat-bulat konsep HAM (Hak Asasi Manusia) tajaan Barat, atas nama kebebasan agama dan ekspresi, golongan liberal Islam mengusahakan pelbagai usaha untuk memudahkan mereka menukar agama dari segi bantuan guaman undang-undang.Hari ini mereka amat tidak bersetuju dengan kedudukan Perlembagaan Malaysia yang masih menyukarkan penukaran agama seorang Muslim dan prosedur di Jabatan pendaftaran Negara (JPN). Pada satu ketika usaha mereka untuk meminggirkan identiti Islam dalam kad pengenalan hampir-hampir berjaya. Mujurlah masih ada pihak-pihak tertentu yang berwibawa di kalangan pegawai-pegawai Muslim yang telah berjaya menghalangnya.

Kongsi Raya

Imran Imtiyaz Shah Yaakob adalah wartawan penyiaran dan peguam. Dalam The Star, 24 Julai 2006 melalui ‘Comment’ di bawah tajuk, “Protect The Right Use Of Free Speech” (memelihara hak kebebasan bersuara), “bagaimana kita boleh menangani isu ini (kebebasan bersuara) apabila perayaan yang tidak menimbulkan ketegangan dan baik untuk pembinaan negara seperti ‘kongsi raya’ dijadikan sebagai skandal?
Apa yang dapat difahami daripada kenyataan ini ialah ‘kongsi raya’ adalah sesuatu yang baik dalam proses membina negara berbilang budaya dan agama. Namun begitu, melihat isu ini daripada gendela ‘semua agama adalah sama’ sehingga orang Islam adalah boleh berkongsi ‘perayaan agama’ penganut agama lain adalah berbahaya kepada akidah seorang muslim. Jabatan Mufti Negeri Perak pada 22 Oktober 2004 telah mengeluarkan kenyataan bahawa orang-orang Islam adalah dilarang sama sekali yakni ‘haram’ merayakan perayaan agama lain dalam apa bentuk, secara bersama atau menghadiri perayaan itu berdasarkan firman Allah swt dalam surah al-Kaafirun ayat 6 yang bermaksud : “bagi kamu agama kamu dan bagi-Ku agama-Ku”.

Zainah Anuar, juga aktivis Sisters In Islam dalam New Strait Time pada 16 Jun 2006 menulis di bawah tajuk “Kongsi Raya Not A Religious Ritual” (Kongsi Raya Bukan Perayaan Agama) menyatakan, Ulama’ sepatutnya menyertai para pemimpin lain dalam membantu mempromosi membina persefahaman, keharmonian dan toleransi antara agama dan tidak menyemai benih kecurigaan dan kebencian. Kongsi Raya bukan perayaan keagamaan tetapi adalah sebahagian daripada kebudayaan masyarakat harmoni yang menjadi sebahagian tradisi rakyat Malaysia dan boleh menjadi model kepada negara-negara lain. Ini menunjukkan orang Islam sentiasa didesak supaya bersikap terbuka terhadap agama lain dan kalau perlu mengamalkan ajaran agama itu atas nama keharmonian, toleransi dan kerjasama.

Menurut Zolkharnain Abidin, setiap sesuatu termasuk agama ada hak dan sempadannya. Api dan air juga ada sempadannya. Bolehkah api didesak supaya menerima air dan jangan mengeringkannya dan air pula didesak menerima api dan jangan memadamnya?. Namun begitu, api dan air boleh bekerjasama untuk menghasilkan tenaga stim dan menggerakkan enjin. Menurutnya lagi, ruang kerjasama antara agama yang boleh diteroka tanpa perlu mengusik paksi-paksi agama adalah lebih luas.

Menurut al-Qardawi dalam bukunya “al-Sahwah al-Islamiyah min al-Murahaqah ila al-Rusyd” (Kebangkitan Gerakan Islam dari Masa Transisi Menuju Kematangan) mengesyorkan empat langkah iaitu pertama memberi tumpuan kepada nilai-nilai universal yang ada pada Islam dan agama-agama lain. Kedua, bekerjasama menghadapi golongan tidak beragama, golongan penggalak kebebasan mutlak dan golongan penyebar kerosakkan seperti penyebar homoseksual, lesbian. Ketiga, bekerjasama membela keadilan dan mereka yang tertindas seperti isu Palestin, Kashmir, dan lain-lain. Keempat, menyebarluaskan sifat toleransi, lemah-lembut dan hubungan baik antara agama bukan kekasaran, fanatik dan kekerasan.

Isu Serban

Isu ini berbangkit ekoran tindakan SRK Felda Serting Hilir Jempol Negeri Sembilan pada tahun 1997 yang memecat tiga orang pelajarnya kerana memakai serban ke sekolah iaitu Meor Atiqulrahman bin Ishak, Syed Abdullah Khaliq Aslamy bin Syed Ahmad Johari dan Syed Ahmad Syakur Dihya bin Syed Ahmad Johari.Kes ini pernah dibicarakan di Mahkamah Tinggi Seremban (dikenali sebagai kes Meor Atiqulrahman dan Ors vs Fatimah Sihi Abdullah dan Ors) dan dimenangi oleh pihak pelajar sebagai plaintif. Rayuan dibuat dan kes ini dibawa ke Mahkamah Tinggi Persekutuan (bidang kuasa rayuan) dengan pemohonan sivil No.01-3-2005 (N). Mahkamah Persekutuan yang terdiri daripada tiga panel hakim pada 12 Julai 2006 telah memutuskan kes ini dimenangi oleh perayu iaitu pihak Fatimah Sihi dan Kerajaan Malaysia. Pemecatan ketiga-tiga pelajar itu adalah sah.

Banyak pihak melahirkan kekecewaan terhadap aspek penghujahan penghakiman yang dilihat mengandungi unsure menghina Islam dan Rasulullah S.A.W. Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Abdul Hamid Mohammad dalam penghakimannya yang telah dibacakan oleh Timbalan Pendaftar Mahkamah Persekutuan seperti yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia menyebut “ saya tahu bahawa Rasulullah memakai serban tetapi baginda juga menunggang unta, membina rumahnya dan masjid daripada tanah liat dan berbumbungkan daun kurma dan menggosok gigi menggunakan kayu sugi. Adakah itu bermakna bahawa menunggang unta itu satu amalan lebih alim daripada bergerak menaiki kapal terbang ? wajarkah dipilih bahan dan cara serupa yang digunakan oleh Rasulullah untuk membina rumah dan masjid seperti di zaman baginda ? Arab jahilliyah, termasuk Abu Jahal memakai serban dan berjanggut. Tidak hairanlah bagi Rasulullah yang lahir dan membesar dalam masyarakat itu berbuat demikian.”

Kes ini dibawa ke mahkamah bukan untuk mempertahankan pemakaian serban tetapi atas asas mencari keadilan untuk pelajar yang dipecat kerana memakainya. Memakai serban tidak wajib tetapi umum mengetahui ia dipakai oleh Rasulullah (saw). Justeru amat tidak patut ia diperlekeh sehingga menyamakan tindakan baginda itu dengan tindakan Abu Jahal. Soal samada ingin melakukannya atau tidak adalah soal kedua tetapi janganlah menghina sunnah itu dan pengamalnya.


Penentangan Terhadap Konsep Dan Perlaksanaan Syari'at Islam


Islam liberal menolak syari'at Islam sebagai syari'at Allah (SWT) atau "Divine Law". Justeru, mereka menolak apa sahaja usaha untuk mendaulatkan syari'at Islam di negara-negara Islam seperti Sudan, Pakistan, Malaysia, Indonesia dan lain-lain. 'Abdullah al-Na'im, antara pengkritik keras syari'at Islam, dalam karyanya yang berjudul Towards an Islamic Reformation menganjurkan supaya menolak seluruh aspek pemikiran konvensional mengenai syari'at Islam. Hujahnya ialah syari'at Islam tidaklah dapat dianggap sebagai satu yang suci (profane). Al-Nai'im telah menganjurkan supaya syari'at Islam terutama Islamic Public Law dibaca semula teks asalnya kerana 'ulama fiqh memahami teks secara literal (harfiyyah). al-Na'imi berhujah:
/ have shown that Syari'a was infact constructed by Muslim jurists over the first three centuries of Islam. Although derived from fundamental divine sources of Islam, the Qur'an and Sunna, Syari'a is not divine because it is the product of human interpretation took place within a specific historical context which is drastically different from our own. It should therefore be possible for contemporary Muslims to undertake a similar process of interpretation and application of the Qur'an and Sunna in the present historical context to develop an alternative public law of Islam which is appropriate for implemantation today.(Abdull al-Na'im, Towards an Islamic Reformation, 1989, ms. 186).

Adalah jelas pandangan al-Na'im dan lain-lain pemikir liberal Islam adalah persis dengan pemikiran usang orientalis Barat seperti Goldziher, Scahct dan Coulson yang 'telah menggerakkan idea bahawa syari'at adalah hasil ciptaan para fuqaha' zaman silam. Para orientalis tersebut berhujah kononya syari'at Islam itu hanya baru disusun secara sistematik selama 300 tahun selepas kewafatan Junjungan Muhammad S.A.W. Mereka mendakwa bahawa fenomena politik pemerintahan Islam begitu kuat mempengaruhi pemikiran fuqaha' dalam syari'at Islam. Jadi, tidaklah mustahil bahawa disiplin fiqh tidak sunyi dari pelbagai kekurangan dan kecacatan kerana ia dipengaruhi oleh nafsu manusia.

Golongan liberal Islam pada saat ini hanya ghairah membicarakan syari'at apabila ianya dikaitkan dengan maqasid syari'ah (tujuan-tujuan syari'at), pembukaan pintu ijtihad seluas-luasnya tanpa meraikan syarat-syarat yang ketat dalam pembuatan ijtihad, menolak otoriti fuqaha' dalam syari'ah serta isu golongan 'ulama bertindak sebagai patriarki (pengawal) dalam hal ehwal Islam, menjadikan isu kewanitaan sebagai satu permasalahan besar dalam syari'at, menentang pembinan negara Islam, menolak hukum hudud secara tegas, menekankan peri pentingnya kebebasaan berfikir dalam Islam termasuk membenarkan berlakunya pemurtadan dalam masyarakat Islam secara sewenang-wenangnya atas nama HAM.

Golongan liberal Islam di negara ini telah menyatakan penolakan mereka terhadap perlaksanaan syari'ah terutama yang berkaitan dengan hukum hudud di Kelantan dan Terengganu. Tanpa menafikan bahawa terdapat beberapa masalah tertentu dalam pelaksanaan hudud di negara ini, sikap kritis dan sinis golongan liberal Muslim telah menyebabkan orang-orang bukan Islam di negara ini meraih peluang dan ruang untuk mengkusutkan lagi kefahaman mereka terhadap syari'at Islam.Hari ini terdapat beberapa ahli parlimen bukan Islam yang begitu vokal menentang syari'at Islam dalam sesi-sesi parlimen. Nampaknya mereka menjadi berani kerana sebahagian besar ahli-ahli parlimen Muslim tidak sensitif dengan keperluan untuk menjelaskan konsep syari'at Islam secara objektif dan komprehensif.

Selain itu fenomena pemikiran Islam juga menampakkan taringnya lagi apabila mereka mengkritik keras tindakan pihak berkuasa JAWI menahan beberapa gadis Melayu yang telah menari bogel di Disco al-Zzauq, Kula Lumpur. Tindakan JAWI dilihat sebagai kasar dan bertentangan dengan kebebasan individu seperti yang diperuntukkan dalam HAM. Sekali lagi, ada menteri-menteri yang beragama Islam membantah tindakan JAWI itu. Golongan liberal Muslim begitu "alergic" dengan polis moral. Dengan lain perkataan, Muslim liberal tidak mahu mendukung prinsip "amar ma'ruf nahi munkar" lagi.

Alasannya ialah kerana Malaysia adalah negara majmuk bangsa dan agama. Baru-baru ini kita dikejutkan lagi dengan kenyataan Dato' Qng Ka Ting Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan yang tidak mahu polis moral diwujudkan di dalam institusi Pihak Berkuasa Tempatan bagi mengawal tingkal laku rakyat yang tidak bersopan di khalayak ramai.Piawaian moral yang digunakan hanya apabila seseorang itu bogel, tindakan undang-undang boleh diambil. Selain itu undang-undang negara tidak dapat dikenakan untuk memantau dan membanteras amalan yang tidak bersopan di tempat-tempat awam kerana ianya bertentangan dengan kebebasan individu.

Gerakan Feminisme atau Gender

Fahaman feminisme turut menjadi agenda penting dalam minda liberal Islam. Walaupun isu kesetaraan antara lelaki dan perempuan wajar diberi perhatian seperti yang terpapar perbahasannya dalam al-Qur'an dan Sunnah, tetapi adalah penting untuk menggarap isu feminisme atau gender dengan lebih teliti dan cermat.
Di Barat, pemikiran dan gerakan feminisme telah membina sebuah keyakinan sehingga ia menjadi satu dogma bahawa "tidak ada apa pun yang membezakan antara lelaki dengan wanita, sekalipun secara semula jadi." Dengan terdapatnya keyakinan sedemikian, pola-pola pemikiran feminisme dapat disimpulkan dalam beberapa perkara.
Pertama perbezaan jantina adalah satu ketentuan masyarakat, bukannya berlaku secara tabi'i. Kedua, wanita hendaklah diberi peluang semaksima dengan hak lelaki dalam semua bidang pekerjaan tanpa berlaku sebarang diskriminasi. Ketiga, lelaki dianggap sebagai golongan "pembenti wanita" atau lebih dikenali dengan istilah "misogynist". Keempat, sistem kekeluargaan yang berasaskan bapa sebagai ketua keluarga (patriarchal system) dicemuh oleh golongan feminis sebagai sistem kekeluargaan zalim yang direncana untuk menzalimi wanita.

Seterusnya kelima, para ideologi feminis mendakwa bahawa asal usul pemimpin utama dalam sistem kekeluargaan adalah milik wanita. Keenam, feminisme berjuang supaya ada kebebasan pengguguran kandungan, kerana dorongan marah yang amat bersangatan terhadap kaum lelaki, maka pemikiran radikal fenisme membenarkan supaya batang tubuh mereka hanya boleh dinikmati oleh kaum wanita sahaja. Justeru "lesbianisme" adalah satu protes kaum feminis radikal terhadap kaum lelaki (Md Sidin Ahmad Ishak, Madaniyyat, 2005, ms.9).

Di dunia Islam, pemikiran feminisme telah disebarkan oleh ideologi-ideologi terkenal seperti Fatimah Mernisi (Maghrib), Aminah Wadud (Amerika Syarikat), Nawal Sa'adawi (Mesir), Rifaa't Hassan (Pakistan), Zainah Anwar (Malaysia) dan lain-lain. Sisters In Islam, umpamanya, telah menuduh para tafsiran al-Qur'an oleh para 'ulama' "bias" gender dan merendahkan martabat wanita. Golongan liberalis juga mendakwa bahawa bahkan al-Qur'an sendiri adalah "bias" terhadap wanita. Cak Nur turut menjadikan persoalan gender sebagai salah satu agenda besar pemikiran Islam dewasa ini. Ketika mengalu-alukan penerbitan sebuah buku khas yang berjudul Argumen Kesetaraan Gender- Perspektif al-Qur'an (2001), karangan Dr. Nasaruddin Umar, katanya buku tersebut".. .menggugat kita bahawa realiti pemikiran Islam dewasa ini harus dibebaskan dari bias-bias gender." (Narasuddin Umar .2001).Rang Undang-Undang Kekeluargaan (Wilayah Persekutuan, 2005) yang begitu hangat dibahaskan baru-baru ini di dalam Dewan Rakyat dan Dewan Negara adalah satu lagi manifestasi keaktifan gerakan feminisme di dalam negara ini. Dengan menggunakan jaringan sebahagian ahli-ahli politik, penggubal undang-undang dan media, Sisters in Islam, adalah antara NGO wanita yang paling kuat menentang penggubalan rang undang-undang tersebut.

Meskipun Dato' Dr. Abdullah Mohd. Zin, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri telah mengeluarkan kenyataan meminta supaya orang ramai dapat memahami undang-undang tersebut bukan untuk mendiskriminasi wanita Islam. (Utusan Malaysia, 23 Disember, 2006). Meskipun, ada perkara-perkara yang perlu diperbaiki dalam UUKI di Negara ini, namun jalan penyelesaian bukanlah menuduh para penggubal undang-undang Islam di Malaysia sebagai anti wanita dan hanya ingin menegakkan kelakian.

Sisters in Islam mendakwa bahawa penggubalan undang-undang Islam di dalam negara ini bermotif "missiogyni", ada motif politik dan sentiasa berlindung di belakang tabir "agama". Ramai yang yang mempunyai wibawa kuasa dan kedudukan mengambil sikap "berdiam diri" kerana takut, jahil, taksub dengan kepercayaan diri atau sengaja ingin meraih keuntungan ideologi dan kepentingan politik jangka pendek.
Zainah Anwar sekali lagi melihat bahawa rang Undang UUKI yang telah diluluskan di dalam Dewan Rakyat baru-baru ini, selain dari Undang-Undang Hudud di Kelantan dan Terengganu dan Undang-Undang Jenayah Islam mepersoalkan proses pembuatan undang-undang Islam pada hari ini bukan dapat dikategorikan sebagai "Undang-Undang Ilahi" tetapi sebaliknya adalah pembuatan manusia. Merekalah sebenarnya penyusun undang-undang yang telah melakukan pendrafan undang-undang. Jadi, Zainah menuntut atas nama keadilan supaya ada perdebatan terhadap undang-undang Islam di kalangan orang awam sebelum ianya dikanunkan di parlimen. (New Straist Times, Mac 24,2006).

Reformasi Kurikulum Institusi Pendidikan Islam

Aliran pemikiran Islam liberal telah melakarkan agenda untuk merubah kurikulum pendidikan Islam. Kritikan demi kritikan telah dilontarkan terhadap sistem pendidikan Islam tradisional. Mereka mendakwa bahawa kurikulum yang ada pada hari ini adalah "jumud" (beku) dan bertentangan dengan arus perubahan zaman.
Meskipun kita tidak menafikan hakikat perlunya sistem pendidikan Islam pemerintah dan swasta melakukan beberapa penyesuaian dari segi kurikulum, tetapi persoalannya kenapa golongan liberal Islam menunjukkan sikap anti kepada subjek-subjek dalam pengajian Islam (Islamiyyat) seperti fiqh, jihad dan da'wah.

Nampaknya golongan Islam liberal ikut sama mendukung titah perintah Amerika Syarikat dan lain-lain negara Barat yang telah mengarahkan bebeberapa buah negara Islam di Timur Tengah, Pakistan, Indonesia dan yang lain-lain supaya tidak lagi membenarkan pelajar-pelajar mempelajari subjek-subjek tersebut mengikut pendekatan konvensional dengan menggunakan alasan punca berlakunya keganasan (terrorism/ al-irhabiyyah) sejak persitiwa 9/11,2001.

Selain itu, golongan Islam liberal juga telah mengajukan pemikiran radikal supaya subjek Ijtihad menjadi neraca ukuran dalam semua subjek-subjek Islam. Konsep Ijtiha dalam tanggapan mereka hendaklah dibebaskan semutlaknya dari ikatan-ikatan fuqaha' dan usuliyy. Dalam tahun 2003, satu persidangan antarabangsa yang dikenali dengan nama KALIIF (Kuala Lumpur International Islamic Forum) telah diadakan di Hotel Sheraton Imperial, Kuala Lumpur.

Ramai tokoh-tokoh Islam liberal telah mengambil bahagian dalam sebuah seminar yang didalangi oleh beberapa individu dan sebuah organisasi yang aktif menyebarkan pemikiran Islam liberal. Antara resolusi yang telah dibuat ialah anjuran supaya negara-negara Islam melakukan reformasi besar-besaran terhadap sistem pendidikan Islamnya. Model kurikulum IAIN (Institut Agama Islam Negeri) di Indonesia diputuskan sebagai satu-satunya kurikulum pendidikan Islam yang terbaik di dunia Islam pada masa kini kerana pragmatismnya mendukung idea liberalisme.

Dalam hubungan ini, Zainah Anwar, Pengarah Eksekutif, Sisters in Islam, dalam kolum Juma'at, pada 19 Mei, 2006 lalu di dalam akhbar New Straits Times telah memuji-memuji pencapaian IAIN kerana berjaya melahirkan intelektual Muslim generasi kedua yang berfikiran progresif. Kini mereka menjadi pembuat-pembuat dasar dan aktivis yang mencabar dan menentang penubuhan negara Islam dan perlaksanaan syari'at anjuran kelompok konservatif. Malangnya sukar sekali untuk mendapatkan individu terpelajar seumpama itu di Malaysia. (New Straits Times, Juma'at, 19 Mei, 2006). (http://www.darulkautsar.com/pemurnianaqidah/liberal/liberal.htm)

KESIMPULAN

Kita perlu memainkan peranan yang penting dalam mencorak pemikiran masyarakat dengan ciri kesederhanaan. Kebangkitan umat harus bermula dengan keilmuan dan keimanan kepada Allah SWT. Daripada format dan simbol kepada hakikat dan substansi, daripada retorika dan perdebatan menuju penerapan dan tindakan, daripada sikap sentimental dan emosional menuju sikap rasional dan ilmiah, daripada orientasi masalah cabang dan remeh menuju masalah pokok dan utama daripada menyulitkan dan ancaman menuju kemudahan dan khabar gembira daripada sikap kejumudan dan taklid menuju ijtihad dan pembaharuan. Umat Islam samada generasi muda atau dewasa tidak mungkin dapat surve sebagai Muslim secara individu atau sebahagian daripada sebuah tamadun gemilang dan umat Nabi Muhammad (saw) sekiranya tidak dapat menangani cabaran yang dihadapkan oleh dunia moden kepada mereka. Mereka perlu memahami dunia moden kini dengan mendalam dan secara bijak dan menangani perubahan dan cabaran tanpa pengaruh emosi tetapi di atas asas ilmu yang sahih dan benar tentang dunia moden ini bersandarkan tradisi keilmuan Islam secara menyekuruh.

0 comments:

Berikan Komen Anda Disini

Leave a Comment

/blogger